Dividen ASB 2016 Rendah, Peminjam ASB Loan Rugi Teruk. Mestikah Jual ASB Loan?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.

Dividen ASB 2016 telah diumumkan dan menunjukkan penurunan dari agihan dividen tahun 2015. Hal ini telah mengejutkan dan membuatkan ramai orang marah. Anda tak marah?

Dividen ASB dari 1990 hingga 2015
Dividen ASB dari 1990 hingga 2015

Saya pun marah tapi memang saya dah faham risiko pelaburan. Jadi, telan sajalah. Asam garam pelaburan memang ada untung rugi nya. INGAT YA.

Dividen ASB 2016 - Menurun dari 2015
Dividen ASB 2016 – Menurun dari 2015

Kalau diperhatikan tren penurunan yang ditunjukkan oleh dividen ASB, jadi tak heran sangat bila agihan tahun 2016 sekali lagi menunjukkan penurunan yang ketara dari tahun sebelumnya.

Semua pembaca boleh tengok tren dividen seperti di atas tu. Teruk kan?

Dividen ASB 2016 Rendah, ASB Loan Rugi Teruk. Mestikah Jual ASB Loan?

Bila keluar dividen ASB semalam ramai yang mengeluh dan merungut. Tak kurang juga yang acah nak pergi terminate.

Soalannya, masa mula mula pergi apply Loan ASB tu sebab apa? Pasal kawan kawan duduk cakap ASB ni untung ke? Atau pasal anda yang nak?

Ingat balik apa tujuan kita semasa apply tu. Kalau kita ada matlamat pelaburan yang jelas. Kita tidak akan mudah terpengaruh dengan nilai dividen yang rendah.

Seperti yang saya cakap awal tadi pelaburan ada untung rugi. Bukan UNTUNG saja.

Sebenarnya ASB Loan tetap satu medium untuk mengumpul duit dengan mudah bagi saya sama seperti yang saya cakap dalam entri sebelum ini.

Gunakan duit bank untuk gandakan dividen ASB anda nak lanjut boleh refer entri ASB LOAN: CARA SAYA

Pandangan saya, buat masa sekarang tak perlu nak gelabah pergi terminate ASB Loan tu. Biarkan saja. Sekurangnya dividen yang kita nikmat adalah lebih tinggi dari kita kumpul.

Contoh mudah:

Katakan ASB Loan RM 200k untuk 30 tahun bayaran bulan RM1100 (ini contoh sahaja)

Tahun pertama mungkin kita tak nikmati Dividen RM200k sebab agihan dividen adalah berdasarkan purata tahunan. Jadi tahun kedua baru nikmati nikmatnya. Hehehehe…

Bayar ke bank

Tahun Pertama: RM1100 x 12 bulan = RM13,200 

Tahun Kedua: RM1100 x 12 bulan = RM13,200

Total RM26,400.

Dengan Loan ASB, kita dah merasa Dividen RM200k. Tapi kalau simpanan biasa kita kita baru merasa dividen RM26,400 untuk tahun kedua itupun tak full sebab dividen di kira berdasarkan purata tahunan.

Yang mana lebih baik?
Yang mana lebih baik?

Jadi, mana lebih baik?

Yup, bank ambil untung. Tapi kita juga merasa untung. Jadi win-win situation lah.

Nak ASB Loan pastikan tiada lock in period. Kalau ada pastikan terminate selepas lock in. Kalau tak kena bayar denda.

Ok la, thank you.

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pendapatan ASB Sikit Apa
Posted with WordPress for BlackBerry.
Assalamualaikum... Hari ni daddydee.net ingin berkongsi pengalaman tentang ASB Loan yang telah lama dilancarkan oleh
Ketagihan media sosial antara virus yang sedang tersebar luas dalam masyarakat di dunia hari ini.
(Visited 271 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

8 thoughts on “Dividen ASB 2016 Rendah, Peminjam ASB Loan Rugi Teruk. Mestikah Jual ASB Loan?”

  1. Ambil je loan takat yg mampu…jgn dah tua nanti baru nak menyesal….org dah kaya tapi awak masih tahap miskin. Bayar pinjaman guna duit gaji lepas tu dividen jgn usik2. Saya mula menyimpan dari tahun 1985 masa zaman ASN lagi…gaji masa tu RM650, tak pernah usik dividen. Skrng dah bersara, duit terkumpul dalam ASB1 je ada RM1.6M. Duit dividen tiap2 tahun campur dgn EPF pun tak habis buat belanja bulanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge