Pengalaman Membeli Rumah Sendiri

Assalamulaikum…

Tahun 2017, jadi satu lembaran baru dalam hidup saya. Alhamdulillah, kunci rumah yang saya dan isteri beli pada tahun 2015 telah siap di bina. Ambil masa setahun lebih untuk siap, beli dulu bulan Jun 2015 dan siap pada Disember 2016.

Pengalaman Membeli Rumah Sendiri

Sebenarnya kami mecari rumah dalam tempoh yang agak lama. Ya, memang amat lama. Dari tahun 2010 mencari rumah dengan pelbagai pesta dan pameran rumah dah pergi, semua show unit dah masuk. Tapi banyak yang menyebabkan kami tidak membuatkan keputusan.

Lama kan 5 tahun kami ambil masa untuk mengambil tindakan untuk membeli rumah. Jadikan ini sempadan.

Kenapa Ambil Masa Lima Tahun?

Buat kawan-kawan yang mencari rumah, dan merancang membeli rumah sendiri. Jadikan pengalaman saya ini sebagai sempadan. Jangan ambil masa terlalu lama. 

Ok, ini sebab kenapa saya ambil masa yang telalu lama untuk membeli rumah:

  • Harga – saya mencari harga yang suit dengan bajet. Tahun 2010, saya mencari rumah dengan harga RM150k tapi kebanyakan rumah adalah berharga RM180k. Dan begitulah seterusnya.
  • Lokasi – telalu memilih lokasi yang sesuai menyebabkan saya lambat membuat keputusan. Dalam kawasan perumahan seperti Puchong dan Semenyih mana boleh jalan tak ‘jammed’. Kawasan perumahan mana ada yang tak ‘jammed’ betul tak?

Dua hal ini, buat saya lama memilih rumah. Dan juga saya tak boleh dinafikan bahawa harga rumah semakin naik. Tiap tahun pun naik.

Terima Kunci Rumah Sendiri

Selepas setahun lebih menunggu rumah siap, menerima kunci adalah part yang paling happy. Dalam happy pun ada penat juga sebab dalam masa yang singkat terpaksa basuh dan senaraikan defect rumah.

Paling seronok bila anak yang sulung bertanya “Rumah kita ke ni papa?”. Sakan mereka bersorak bila saya jawab “Ya”.

Time membasuh rumah pun anak-anak sibuk join sekali. Hahaha… Seronok sakan sebab dapat can main air sabun. Papa dan mama pun tak marah. Gambar time basuh rumah tak dapat saya nak kongsikan maaf.

Rumah mengadap padang memang seronok anak-anak
Rumah mengadap padang memang seronok anak-anak
dah siap tampal for rent
Dah siap tampal for rent
Port Kegemaran anak anak di tangga
Port Kegemaran anak anak di tangga

Lokasi rumah dalah di Klebang Ria, Ipoh, Perak. Bukanlah di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor. Jadi disebabkan bukan lokasi tempat kami bekerja rumah ini terpaksa kami sewakan buat sementara waktu.

Kalau ada yang berminat nak cari rumah sewa boleh hubungi saya Zaidi – Kosong Satu 6202943 Enam

Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?.
Jangan lupa asal usul
Dulu pernah buat satu entri 'Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri, Ini Penyelesaiannya', ingat
(Visited 90 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Pengalaman Membeli Rumah Sendiri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge