Perasaan Menjadi Usahawan Atau Peniaga

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi…

Dari kecil emang aku didedahkan dengan meniaga. Tolong ma abah berniaga. Ya, menolong ma abah berniaga pakaian dan kerepek dari pasar malam ke pasar malam. Dari situ aku belajar peritnya dunia perniagaan ni.

Tapi dalam usia yang kecil aku hanya tahu memerhati tapi tidak mengerti. Ya lah, pahit getir mana ada orang tua cerita pada anaknya. Kau sendirilah menilainya.

Perasaan Menjadi Usahawan Atau Peniaga

Sejujurnya aku tak banyak lakukan research, tak lakukan eksperiment yang mendalam tentang bidang perniagaan ni. Aku banyak main redah saja. Untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Pengalaman Jual Baju Superheroes Secara Online

Bila dah besar ada juga aku cuba berniaga. Aku cuba menjual koleksi baju superheroes yang aku dapat dari kawan di US. Direct dari US. Idea ini datang serta merta sebab minat aku terhadap dunia komik.

Jadikan semuanya boleh - Perasaan jadi usahawan
Jadikan semuanya boleh

Alhamdulillah… Memula memang banyak permintaan sampai aku siap buat pre-order. Untung bukan besar tapi boleh lah. Ditambah pula dengan rasa seronok dapat kawan dalam minat yang sama.

Tapi margin untung aku mula terjejas bila matawang Ringgit jatuh. Bila USD 1 cecah RM4, aku mula sakit kepala. Margin untung makin mengecil. Harga barang tak boleh naik sebab ada orang jual lagi murah. Lagi pula nak jaga pelanggan.

At last, stok menimbun. Permintaan berkurang. Hahahah. Nasib badan kan. Rugi juga la bila stok tak jalan. Tapi tak rugi sangat sebab barang tiada expired.

Lumrah berniaga kan? Insyallah akan resell semula. Kalau rajin-rajin, boleh cari kat FB MAH Shopz.

2017 Mulakan Langkah Pertama Untuk Menjadi Penjaja Tepi Jalan

Tapi itu tetap juga aku endah tak endah je. Ya lah, orang berniaga kau berniaga, orang meniaga ikut demand aku meniaga ikut minat. Hancur.

Benar kata orang pengalaman mematangkan kita. Sekarang bila aku mula nak melangkah ke satu bidang yang baru, baru aku berkira kira. Betul kah tindakan aku?

Pengalaman berniaga online tu membuatkan aku lebih berhati-hati. Aku buat sedikit kajian tentang market, demand dan lokasi.

Ambil Risiko... Cuba dan cuba
Ambil Risiko… Cuba dan cuba

Takut… Chuak… Bimbang… Semua perasaan ni bercampur baur dalam diri aku sekarang ni. Maklumlah baru nak mula berniaga dan buka kedai. Sebelum ni sekadar kedai online je.

Duit deposit dah bayar. Nak tarik brake pun dah tak guna. Nak stop memang tak boleh kena jalan terus.

Semalam sempat juga survey harga beberapa barang untuk berniaga. Boleh tahan juga harga nya. Deep breath. Besar juga modal nak pakai ni. Walaupun hanya 4 angka sahaja modal nya, besar juga bagi aku walaupun tidak bagi orang lain.

Hurmm… Take action or go home.

Sure aku pilih ‘DO IT’. Apa nak jadi jadilah. Nekad tetap aku nak jalan juga. Can’t make U-Turn anymore. Must go on.

Restu dan sokongan moral dari isteri, ma, abah dan keluarga membuatkan aku nekad saja kali ini.

Rupanya inilah perasaan nak jadi usahawan atau peniaga.

Insyallah aku akan update lagi pasal ni dari masa ke masa.

"Kenapa kerja situ? Bukan ada KWSP pun. Berapa Sen sangat lah gaji. Tiada KWSP tiada
Sebut saja Patin Tempoyak pasti dalam kepala otak kita akan terbayang akan Negeri Pahang. Terutamanya
Ketagihan media sosial antara virus yang sedang tersebar luas dalam masyarakat di dunia hari ini.
(Visited 25 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge