Hari Pertama Menjadi Peniaga Jalanan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pengalaman pertama menjadi peniaga jalanan yang bakal aku ceritkan ini mungkin tidaklah sebegitu hebat cerita malam pertama atau cerita malam jumaat atau cerita main dengan makcik.

Alhamdulillah, 31 Januari 2016 jam 7 malam adalah malam pertama aku meniaga. Bukan meniaga restoren 5 bintang, bukan juga kontraktor G7 tapi sekadar peniaga jalanan. Tampak lekeh dan langsung tidak glamer.

Jadi Peniaga Jalanan Memang Seronok
Jadi Peniaga Jalanan Memang Seronok

Hari Pertama Menjadi Peniaga Jalanan

Selama ini saya hanya jadi pembeli, tidak pernah menjadi peniaga face to face. Bukan tak pernah langsung, sebab biasa juga buat Takaful secara face to face, dan masa menjalani latihan kerjaya kena meniaga di pasar pagi pun pernah dan kalau masa kecil dulu lagilah kerap.

Cuma bila dah dewasa, dan memulakan perniagaan pada skala yang kecil yang saya setup dari A to Z, memang sesuatu yang menyeronokkan.

Brand yang saya bawa memang bukan brand saya. Saya sekadar menjadi salah seorang francais.

Nampak Mudah Tapi Tidaklah Mudah

Selama ini aku nampak mudah je meniaga pasar malam. Pacak saja payung buka meja, kasi tayang barang jualan dan tunggu pembeli.

Tapi ia tak semudah itu sebenarnya, perasan ke tidak. Kita kalau ke pasar malam kita akan lalu berkali-kali barulah kita decide untuk membeli, betul tak? Itulah yang aku alami malam ini, berkali-kali lalu baru aku dapat seorang pelanggan.

Dan bab yang paling best adalah, aku ingatkan buka kanopi 8 kaki x 8 kaki itu adalah mudah tapi aku silap. Aku nak buka kanopi itu saja hampir 40 minit beb. Terkial kial.

Pengalaman Pertama Menjadi Peniaga Jalanan
Pengalaman Pertama Menjadi Peniaga Jalanan

Nak tutup kanopi tu pun satu hal. Nasib baik abang mali Char Keow Teow dan anak-anak datang membantu. Kalau tak memang aku rasa tak naik dan tutup kanopi aku. Hahahaha…

Pikat Pelanggan Lagi Susah Dari Pikat Awek

Nak pikat pelanggan ni pun satu bab juga, ingatkan dengan ada dressing yang menarik dan susun atur yang menarik sudah cukup. Tapi tidak sebenarnya.

Kalau nak pikat awek, kau bawa kereta besar, pakai kemas bergaya pun dah boleh buat awek cair beb. Belum lagi kau phewittt kat dia. Confirm boleh ajak date.

Tapi meniaga bukan macam tu, meniaga kau perlu betul betul pikat pelanggan supaya beli. Pertuturan pun kena jaga, mendayu dan mengalah. Kalah dalam menang bab kata Shamsul Yusof.

Semoga Aku Terus Fokus
Semoga Aku Terus Fokus

Apapun meniaga memang best. Walaupun dapat tak banyak tapi aku tetap bersyukur. Alhamudlillah.

Jom like page aku yang baru Mat Bulat Meatball Pantai Dalam.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selama tiga tahun dalam bidang senggaraan dan secara
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku.... Hari ini genap seminggu kita semua mengerjakan
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 101 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Hari Pertama Menjadi Peniaga Jalanan”

  1. Hari ni saya pun baru pertama kali berniaga face to face dengan pelanggan. Selama ni berniaga online saja. Alhamdulillah hari ni dah berjaya keluar dari comfort zone. Kalau tiada pertama kali macam mana nak tau kita boleh atau tidak.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge