4 Sebab Kenapa Perlu Tonton Fast And Furious 8

Dom Is Back. Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, Fast And Furious 8 adalah antara movie yang saya tunggu pada tahun 2017 ni.

Fast And Furious 8
Fast And Furious 8

Bila tengok poster movie seperti kat atas ni tulis ‘Family No More’ memang buat aku teruja untuk tonton salah satu movie kegemaran aku ni. Memang kalau tengok thriller pun dah boleh agak memang akan ada spin off.

Sinopsis Fast 8 bermula saat Dom dan Letty sedang honeymoon di Cuba. Saat mereka sedang bergembira, Cipher (Lakonan Charlize Theron) datang mengajak Dom untuk sertai pasukan nya dalam misi menawan dunia. Dom tidak dapat elak untuk sertai Cipher kerana dia punyai sesuatu yang paling penting bagi Dom.

Hobbs telah menerima satu misi untuk merampas EMT (suatu alat yang boleh mematikan kuasa elektrik), seperti biasa Hobbs mengajak Dom and Family untuk sertai misi ini di Berlin. Selepas berjaya merampas EMT, Dom telah nekad untuk menyerang Hobbs dan belot dari keluarga nya. Family No More.

Nak tahu lagi boleh pergi ke wayang ya. Dan hari ni juga saya nak share kenapa mesti kalian ke wayang untuk movie Fast 8 ini.

4 Sebab Kenapa Perlu Tonton Fast And Furious 8

  • Jika, kalian seorang peminat Fast and Furious siri ini mesti kalian tonton. 1st filem Dom and Family tanpa Brian.
  • Kalau kalian memang minat filem aksi dan lumba kereta ini adalah movie terbaik setakat ini untuk tahun 2017. Scene street race kembali lagi, walaupun hanya untuk 1 scene.
  • Filem ini boleh dikatakan filem Fast and Furious yang akan buat penonton banyak gelak. Terutama watak Agent Hobbs dan Deckards. Memang tak kering gusi. Dan paling kelakar watak anak kecil, Brian.
  • Fast 8 masih lagi seperti filem Fast and Furious 7, hackers… Jenayah cyber antara jenayah yang merbahaya pada zaman ini. Mungkin itu antara yang ingin dihighlightkan oleh pengarahnya. God’s Eye masih lagi ada.

Dalam filem Fast 8, watak The Rock dan Jason Statam paling mencuri tumpuan. Dan gandingan dua fighter ini memang mantap. Keserasian dan humor mereka membuatkan filem ini lebih relaks dan santai.

Walaupun filem ini boleh dikatakan filem terbaik setakat ini tapi masih ada juga scene-scene yang tampak cacat CGI nya. Tapi secara keseluruhan filem ini memang menghiburkan. Best boleh bagi 4/5. Next week repeat.

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Semakin lama semakin slow pula nak tulis review
Tahniah buat pasukan Harimau Malaya dalam KL 2017. Walaupun tewas pada Thailand dengan 1-0. Kalian
"Abg, sy biasa dengar beberapa pantang larang dalam hutan..macam jgn kencing merata-rata, jgn bercakap besar
Chelsea bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan dengan Real Madrid telah bersetuju untuk lepaskan Alvaro Morata.
(Visited 29 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

1 thought on “4 Sebab Kenapa Perlu Tonton Fast And Furious 8”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge