Benarkah Duit ASB Akan Dibekukan Apabila Pemilik Meninggal Dunia?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Benarkah duit ASB akan hangus bila kita meninggal?
Benarkah duit ASB akan dibekukan bila kita meninggal?

Semalam buat pertama kalinya saya melakukan urusan Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), selama bertahun-tahun jadi pelanggan ASB saya hanya berurusan di Pejabat Pos dan Bank-Bank.

Memang tak banyak cawangan ASNB kalau nak bandingkan dengan Pejabat Pos. Dan semalam pun nak dapatkan parking pun punya la susah terpaksa menapak jauh juga.

Sememangnya senang berurusan di ASNB ni sebab orang pun tak ramai. Tak macam di Pejabat Pos atau Bank yang perlu menunggu turn sampai berpuuh-puluh dan beratus-ratus. Hahahah…

Duit ASB Akan Dibekukan Apabila Pemilik Meninggal Dunia?

Semasa nak buka buku akaun ASB dulu, ramai yang cakap kat saya yang duit dalam ASB akan beku bila kita meninggal kelak. Dan ya aku percaya sangat.

Masa tu bukan faham sangat pasal wasiat semua. Jadi andaian masa tu duit akan beku dan tak boleh dituntut sampai bila bila. Bila dah besar ni baru lah faham tentang konsep pengagihan harta dalam Islam.

Wang simpanan dalam ASB sebenarnya boleh dihibahkan. Jadi sekiranya kita meninggal duit simpanan tersebut akan diberikan pada penama yang dihibahkan.

Apa itu Hibah?

Hibah adalah pemberian tanpa balasan oleh Penghibah semasa hidup secara sukarela atas dasar kasih sayang.

Jom lakukan hibah hari ini
Jom lakukan hibah hari ini

Bahasa mudah adalah hadiah kepada orang yang dikasihi. Sebab itu banyak simpanan/pelaburan/takaful semuanya ada konsep Hibah, jadi pemunya boleh hibahkan kepada sesiapa saja yang mereka mahukan.

KAEDAH HIBAH DALAM ASB?

Untuk simpanan ASB juga boleh dihibahkan. Cuma pemegang akaun perlu mendapatkan borang dari Pejabar ASNB dan perlu diisi dan dikembalikan ke Pejabat ASNB. Ada caj yang dikenakan bagi proses Hibah ini (Boleh rujuk pemplet ASNB).

Sekali pandang, caj ini nampak agak mahal, tapi berbaloi ia akan memudahkan kerja sekiranya kita meninggal kelak. Tak perlu pewaris nak turun naik ke mahkmah nak selesaikan hal pembahagian harta pusaka.

Apapun, pilih yang terbaik buat yang terbaik. Sekarang ini banyak saluran yang ada, cuma kita mahu atau tidak saja untuk lakukan.

Jom lakukan hibah hari ini.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Belajar Sambilan perlu bijak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dividen ASB 2012 Pengumuman
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian. Kalau dulu saya pernah berbicara tentang 'loan
Assalamualaikum... Hari ni daddydee.net ingin berkongsi pengalaman tentang ASB Loan yang telah lama dilancarkan oleh
(Visited 50 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Benarkah Duit ASB Akan Dibekukan Apabila Pemilik Meninggal Dunia?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge