Kenapa Ramai Usahawan Kita Tumbang

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Alhamdulilah, hari ni dapat berbual bersama seorang hebat. Seorang yang banyak jatuh bangun dalam dunia peniagaan. Walaupun hanya berbual hanya seketika tapi ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan disini.

Kenapa Ramai Usahawan Kita Tumbang
Kenapa Ramai Usahawan Kita Tumbang

Perbualan mula nya adalah tentang ramainya usahawan muda yang bersemangat untuk memulakan bisnes, tapi kenapa ramai usahawan yang tumbang di separuh jalan. Walaupun usahawan bukan bidang yang saya mahir tapi minat mendorong saya merapat dengan ramai usahawan usahawan hebat. Dan banyak ilmu yang saya dapat ari mereka.

Dari perbualan selama 30 minit itu ini antara yang dapat saya senaraikan.

8 Sebab Kenapa Ramai Usahawan Tumbang

  • Tiada asas yang kukuh – untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu ada asas yang kuat iaitu ilmu dan pengalaman. Ada juga usahawan yang tanpa pengalaman dalam bidang tersebut mampu untuk berjaya tapi lebih ramai yang kecundang.
  • Guru Yang Baik – sebaiknya carilah guru atau mentor untuk bimbing kita. Jangan malu untuk berguru dan duduk dalam bilik kuliah. Biar apa yang orang mahu kata yang penting kejayaan milik kita nanti.
  • Mudah Putus Asa – bila bertanya pada usahawan yang berjaya gagal adalah sebahagian dari hidup mereka. Mereka hadapi semua halangan itu dengan tekad yang kuat. Mereka bangkit semula melawan
  • Tidak Fokus – terlalu ghairah mengejar perlbagai peluang menyebabkan ramai yang hilang fokus dan berakhir dengan kegagalan.
  • Bermula Terlalu Besar – yang terbaik untuk melangkah dalam bidang usahawan ini adalah bermula dengan apa yang ada. Elakkan meminjam untuk mulakan perniagaan, ramai yang berimpian besar mulakan dengan modal besar menyebabkan mereka menanggung hutang yang tinggi.
  • Terlalu bergantung – ada juga usahawan yang berharap pada talian hayat. Apabila talian hayat tersebut tiada mereka akan mula hilang punca.
  • Tiada Networking – dalam dunia pekerjaan atau perniagaan hari ini, networking adalah elemen yang terpenting. Networking akan membuka jalan-jalan baru dalam perniagaan kita kelak.
  • Ego Yang Tinggi – buangkan ego dalam diri. Biar ikut resam padi makin tunduk makin berisi. Ego tidak akan membawa kita kemana hanya akan memenjara kita.
Bangkit
Bangkit

Ini adalah antara point-point yang sempat dikongsikan dalam sesi ngeteh selama 30 minit tadi. Semoga ianya bermanafaat.

(Visited 16 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge