Makan MatBulat Meatball Sedap Dan Berbaloi

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Dah lama tak menulis pasal makanan. Hihihi. Bukan tak menulis pasal makanan maknanya saya tak makan. Makan tetap kena makan untuk hidup. Tapi lama tak menulis pasal makanan walhal banyak tempat makan best yang saya telah terjah di Negeri Sembilan ni. Insyallah lepas ini akan cuba tulis satu entri pasal makanan setiap minggu. Yummy.

Bila sebut saja meatball, pasti ramai yang teringatkan IKEA. Yup, meatball IKEA memang famous dan ramai yang ke IKEA untuk makan meatball. Saya pernah dua kali cuba tak salah tapi lama dulu tahun 2012 saya kira di IKEA Damansara.

Tapi hari ni saya bukan nak cerita Meatball IKEA tapi MatBulat Meatball. Bukan dalam mall mewah tapi di tepi jalan saja.

MatBulat Meatball Sedap Dan Berbaloi

‘Sedap la meatball ni. Lagi sedap dari IKEA punya. Padat. Sayang Sarawak belum ada’ Itu kata-kata sahabat saya dari Sarawak ketika saya bawa dia makan MatBulat Meatball.

Meatball yang Sedap
Meatball yang Sedap

Mula-mula ajak dia makan meatball dia memang gembira sebab ingat saya ajak ke IKEA tapi saya ajak dia ke tepi jalan saja. Jalan Pantai Murni (Lokasi Matbulat Meatball Pantai Dalam), gerai MatBulat Meatball di sana.

Matbulat Meatball ni memang keluaran bumiputera, dan isi daging nya memang padat. Yang penting dagingnya tidak kejong, lembut je bila dimakan. Paling sedap bila dimakan panas-panas.

Meatball panas yang lembut tambah pula dengan gravy sos yang sedap dan panas memang kena sangat. Mash potato pun ada, dan mash potato ni lagi sedap dari KFC punya tau. Lemak berkrim.

Dari segi harga seperti di bawah ni:

  • Ocobot (5 biji meatball + 1 scope mashpotato) – RM 5.90
  • Dragonball (7 biji meatball + 1 scope mashpotato + Roti) – RM9.90
  • Quater Kilo (10 biji mebatll  + 1 scope mashpotato + Roti) – RM 11.90
Senarai Harga Meatball
Senarai Harga Meatball

Murah je kan? Yang penting sedap dan berbaloi dimakan. Saya makan yang 5 biji pun dah kenyang.

Kalau nak pergi ke MatBulat Meatball Pantai Dalam datang pada Sabtu dan Ahad dari jam 3.00 petang – 10.30 malam.

Jom makan meatball sedap.

(Visited 23 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge