Review Power Rangers The Movie

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Semakin lama semakin slow pula nak tulis review me-review ni. Bukan saja review filem, cerita pasal makanan pun slow. Eh eh rasanya memang saya dah slow menaip sekarang ini. Hahaha… Tapi mulai April 2017 ni ada hasrat baru, seminggu akan cuba publish sekurangnya 4 entri. Kita cuba 4 dulu sebab April kan. Hahahaha.

Power Ranger The Movie
Power Ranger The Movie

2017 ni memang tahun yang agak hype bagi saya teruja nak tonton banyak movie yang best di panggung sekarang ini. Hahaha… Paling tak sabar nak tengok Fast 8 minggu depan, dan juga filem filem perang antara Marvel dan DC.

Review Power Rangers The Movie

Saya adalah antara anak-anak yang membesar dalam tahun 90-an, cerita-cerita seperti Satria Baja Hitam, Gavan, Maskman, Fiveman, Cyber Cop dan termasuk Power Rangers yang menghiasi hidup.

Sampai sekarang saya masih lagi peminat siri Kamen Rider dan Super Sentai serta sesetengah anime. Umur 30-an masih cuba membuat beberapa koleksi mainan (action figure) tunai hobi yang tertangguh.

Bila dengar Power Rangers the Movie akan ditayangkan saya amat suka sekali siap plan nak tengok dengan anak-anak tapi tak kesampaian. Hahaha…

Cerita Power Rangers bermula dengan kekalahan Power Rangers dibawah pimpinan Zordon kepada Rita, hanya tinggal Zordon sahaja masa tu. Zordon membuat keputusan untuk menanggalkan coin kuasa untuk diberikan kepada orang yang lebih layak untuk jadi Power Rangers seterusnya.

Jason dan kawan-kawan mereka dalam satu kelas pelajar bermasalah. Jason memula selamatkan si Billy dari di buli, Billy ni seorang nerd dan tekno. Memang pakar dalam bidang teknologi dan hacking.

Memula saya ingatkan Billy ni adalah Zack rangers hitam. Sekali Billy da…

Zord Power Rangers Hitam
Zord Power Rangers Hitam

Coin ni jatuh ke tapak lombong, cam biasa coin ni dah ado orang tertentu yang dia dah pilih. Dari hasil si Billy pergi bom tapak lombong ni mereka berlima jumpa coin.

Zord Power Rangers Biru
Zord Power Rangers Biru

Dan masa ni kelima-lima orang ni tengah bermain main di lombong tengah tengah malam buta. Tu yang coin tu dapat kat diorang. Adakah mereka ni tiada aktiviti lain? Pergi la main basikal fixie ke? Clubbing ke? Apa la pergi main kat lombong memalam buta.

Lepas dapat coin tu mulalah perubahan dalam hidup mereka jadi kuat dan pantas. Dan diorang mula training sampai jadi Power Rangers.

Nak tahu lagi pergi lah tengok Power Rangers The Movie ni.

Pandangan Power Rangers The Movie

Ni beberapa pandangan saya tentang keseluruhan Power Rangers The Movie ni:

  • Jalan cerita yang agak bosan bagi saya, banyak sembang dari lawan.
  • Cara transform pun kurang menarik bagi saya lebih suka cara masuk coin tu. Tak de gaya henshin langsung.
  • Design custom bagi saya agak over dan kurang menarik, dengan warna blink-blink cam diamond tu langsung tak menarik bagi saya. Saya lebih prefer design lama Power Rangers or design asal Sentai siri.
  • Rekabentuk zord yang merepek. Ada yang 6 kaki dan 8 kaki. Entah apa spesies dinosour depa pakai.
  • Aksi lawan pakai zord pun agak kurang. Pendek sangat aksi nya.
  • Rekabentuk megazord pun tak berapa cun. Dah macam transformer.

Secara keseluruhan saya rasa filem ni memang tak mencapai standard saya yang low saja ini. Saya rasa lebih baik filem Power Rangers yang lama dari yang baru ni walaupun yang lama tu grafik nya memang teruk sebab itu filem 90-an. Tapi jalan cerita lebih baik.

Versi Ni Lebih Baik Rasanya
Versi Ni Lebih Baik Rasanya

Mungkin filem ini lebih kepada pengenalan tapi bagi saya ia tetap gagal. Bosan jalan cerita nya. Bagi saya filem ni hanya 2.5/5.

Promo lebih hype dari movie. Kuciwa.

Tunggu Fast8 la.

Dom Is Back. Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, Fast And Furious 8
Tahniah buat pasukan Harimau Malaya dalam KL 2017. Walaupun tewas pada Thailand dengan 1-0. Kalian
"Abg, sy biasa dengar beberapa pantang larang dalam hutan..macam jgn kencing merata-rata, jgn bercakap besar
Chelsea bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan dengan Real Madrid telah bersetuju untuk lepaskan Alvaro Morata.
(Visited 14 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge