Segan antara punca 1 dalam 10 wanita merungut seks menyakitkan

Satu daripada 10 wanita di Britain merungut sakit semasa mengadakan hubungan seks dengan pasangan.

Itu hasil kajian London School of Hygiene and Tropical Medicine (LSHTM) di Universiti Kolej London serta Kajian Sosial NatCen ke atas hampir 7,000 wanita berumur 16 hingga 74 tahun yang aktif dari segi seks di Britain.

Menurut Jurnal Obstetrik dan Ginekologi, masalah yang dikenali sebagai dispareunia, iaitu kesakitan atau kesukaran ketika bersetubuh, adalah perkara biasa dialami wanita berusia lewat 50-an dan awal 60-an, diikuti wanita berusia 16 hingga 24 tahun.

Doktor yang terlibat dalam kajian itu berkata, wanita boleh mengatasi masalah itu dengan mendapatkan nasihat dan rawatan, namun ramai yang segan bercakap mengenainya.

Antara sebab yang menyebabkan kesakitan ialah kekeringan faraj, perasaan cemas ketika mengadakan hubungan seks dan kurang keseronokan seksual.

Komplikasi lain ialah masalah vaginismus, otot sekitar faraj menjadi ketat secara automatik setiap kali hendak mengadakan hubungan seks.

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Karen berkata, selain seks, beliau turut menghadapi masalah sama ketika melakukan ujian pap-smear.

Segan antara punca 1 dalam 10 wanita merungut seks menyakitkan
Segan antara punca 1 dalam 10 wanita merungut seks menyakitkan

“Saya akan merangkak naik atas katil untuk menjauhkan diri dari jururawat.”

 

Selepas berbincang dengan doktor, beliau mendapati ada pelbagai krim yang boleh membantu masalah kekeringan dan meregangkan otot faraj.

“Anda tidak perlu putus asa dengan kehidupan seks apabila mencapai usia 50-an.

“Ramai wanita tidak suka membincangkan perkara ini. Kita akan bercakap mengenai proses kelahiran anak, tetapi bukan mengenai seks atau menopaus,” katanya.

Ketua penyelidik LSHTM dari Universiti Glasgow, Dr Kirstin Mitchell berkata, dispareunia mungkin berpunca daripada faktor lain.

Antaranya:

  • Wanita muda mempunyai jangkaan berbeza dan apabila ia tidak ditepati, mereka tidak terangsang.
  • Mereka yang baru mengadakan hubungan seks mengalami tekanan dan tidak selesa dengan pasangan mereka.
  • Masalah kesihatan lain seperti jangkitan kelamin, endometriosis dan fibroid yang memerlukan rawatan.
  • Wanita hampir mengalami menopaus paling kerap berdepan masalah kekeringan faraj.

Dr Mitchell berkata, pendidikan seks perlu diperluaskan supaya generasi akan datang tidak menghadapi masalah ketika mengadakan hubungan seks dan mereka lebih terbuka untuk mendapatkan nasihat doktor.

“Pendidikan seks bukan hanya mengenai kehamilan dan penyakit kelamin, tetapi mendidik mereka tentang hubungan yang boleh dipercayai dan dihormati.

“Jika anda sakit semasa atau selepas hubungan seks, segera dapatkan nasihat doktor atau klinik kesihatan berdekatan.

“Jika ia disebabkan masalah emosi, kaunselor atau ahli terapi seks mungkin dapat membantu,” katanya.

Sudah hampir 3 minggu kita berada di tahun 2018, satu lagi angka umur aku bertambah,
Satu model baru G-Shock Rangemen telah diumumkan pada satu Majlis Ulangtahun ke-35 tahun G-Shock di
2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
(Visited 13 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge