Sikap Suka Bertangguh Memakan Diri… Kuasa Lakukan Sekarang

‘Ah… Nanti aku buat lah’, ‘Aku tahulah apa aku nak buat’, ‘Nanti-nantilah’…. Ini antara alasan yang kerap aku berikan. Bukan tak tahu buat atau tiada masa tapi SIFAT MALAS yang membesar dalam diri pada dan ketika itu.

Sikap Suka Bertangguh Memakan Diri

Tak kira dalam dunia pekerjaan atau belajar sifat suka bertangguh kelak akan memakan diri. Tak percaya sudah. Aku dah rasa dan lalui, aku percaya ramai juga percaya akan benda ini.

Zaman belajar biasa kawan akan cakap macam ni ‘Ala… Assignment ni nanti boleh buat. Aku pun belum buat lagi’. Bila dengar kawan cakap macam tu apa lagi terus tutup buku dan follow kawan merempit.

Hello… Kawan… Otak kau dengan dia tak share!!!

Dia mungkin perlukan 30 minit untuk faham satu tajuk. Kau mungkin perlukan 30 hari untuk fahamkan tajuk tu. Tu pun kalau faham.

Lagi satu kena ingat, pointer kau dan dia bukan kongsi. Kalau dia dapat 4.0 dia punya, kalau kau dapat 2.0 pun kau punya bukan boleh kongsi or puratakan.

Tak payah lah nak jaga hati kawan sangat dalam dunia belajar. Belajar je sampai kau pandai sampai kau faham. Yang penting kau boleh implement apa yang kau belajar tu dalam dunia kerja kelak.

Sikap Suka Bertangguh Memakan Diri... Kuasa Lakukan Sekarang
Sikap Suka Bertangguh Memakan Diri… Kuasa Lakukan Sekarang

Sama juga dalam situasi kerja, kau tengok kawan kau baik je ngeteh kau pun join. Kau tengok kawan kau baik je tengok wayang kau pun join.

Amboi… Amboi… Gaji dia dan gaji kau tak kongsi ok. Beban kau dan dia pun tak sama ok. Ada tugasan selesaikan segera agar dapat kau tumpukan pada tugasan lain pula.

Dan ingat gaji kau nak bagi anak bini makan jadi biarlah berkat.

Kuasa Lakukan Sekarang

Bila sebut KUASA LAKUKAN SEKARANG macam kelakar, tapi bila sebut THE POWER OR NOW bunyi gempak dan ramai yang faham kan.

Sebenarnya ramai usahawan yang berjaya diluar sana adalah kerana ini adalah antara prinsip mereka, Lakukan Sekarang.

Mereka tidak akan tangguh kerja dan tugasan mereka. Mereka akan persiapkan seawalnya dan selesaikan segalanya dalam tempoh yang ditetapkan.

Lakukan Sekarang juga menyebabkan mereka tidak terlepas peluang peluang keemasan yang terhidang di depan mata. Bukan macam aku dan bukan macam kau.

PELUANG DALAM DUNIA BLOGGING

Aku juga dah banyak lepaskan peluang dalam dunia blogging ni. Mungkin sudah terlambat untuk aku setting dan kembali kosisten bila orang lain tengok. Tapi bagi aku biar aku lambat, yang penting aku akan kembali usaha untuk rebut kembali peluang dalam blogging ni.

Dunia penulisan tidak pernah lupakan aku, cuma aku yang lupakan penulisan. Banyak sangat benda yang aku nak kejar sampai aku hilang fokus.

Insyallah, aku akan cuba untuk terus menulis mulai sekarang. Jom lakukan sekarang.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Vote for Malaysia Apa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Dugaan tiada siapa mahu dugaan. Tiada siapa yang
(Visited 24 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Sikap Suka Bertangguh Memakan Diri… Kuasa Lakukan Sekarang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge