Ketagihan Media Sosial. Racun Perosak Masa Kini.

Ketagihan media sosial antara virus yang sedang tersebar luas dalam masyarakat di dunia hari ini. Tak kira usia, jantina, bangsa dan warganegara, semua menghadapi masalah yang sama.

Media sosial ni banyak baik nya tapi lagi banyak keburukan nya. Perhatikan kerosakan sebuah organisasi sebab media sosial, tak kurang roboh nya suatu rumah tangga sebab media sosial. Banyak hal yang telah terjadi yang dilaporkan.

mari mari tuan puan akak adik abang dengar ini cerita,
ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila
nak panggil waras susah tak baik kalau gelar gila
ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga tiitik nila
bila masuk kerja tak pernah on time
lepas masuk kerja dia terus on line

Lirik lagu Amboi oleh Altimet

Ketagihan Media Sosial: Laki bini tak sibuk peluk handpohone.
Ketagihan Media Sosial: Laki bini tak sibuk peluk handpohone.

Ketagihan Media Sosial Menyerang Dunia

Ketagihan media sosial bukan hanya di Malaysia sahaja malah seluruh dunia sebenarnya. Penyakit yang semakin menjadi barah dikalangan semua manusia dalam dunia.

Kalau dilihat dari infografik dibawah ada yang sampai menghabiskan lebih dari 4 jam sehari di media sosial. Ada yang sampai 8 jam sehari, wow sama dengan masa bekerja di pejabat.

Ketagihan Media Sosial Di US

Pengaruh media sosial ni memang hebat. Tersangat hebat. Ramai yang menjadi jutawan kerana media sosial. Berjaya menjadi usahawan online yang hebat, dan mengaut jutaan ringgit.

Dek kerana kejayaan taikun taikun hebat online ini ramai yang ingin jadi seperti mereka. Ada yang berjaya dan ada yang tidak.

Namun begitu, lebih ramai yang kecundang kerana media sosial. Ramai yang tertewas kerana pengaruh media sosial. Rumah tangga porak peranda kerana media sosial. Suami isteri bercerai kerana media sosial.

Lebih parah, anak hilang kerana terlalu syok melayan media sosial. Jom tengok video sosial eksperimen di bawah.


Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah pengaruh media sosial adalah amat besar sekali. Ada baik dan buruk nya. Terpulang kepada kita untuk memilih dan menilaikan nya.

It’s our power to choose.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 'Nanti dah besar, dah ada anak, tahulah kamu.'
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berperang dengan diri -
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hidup saya memang saya jadikan secawan kopi jadi
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Bagaimanakan diri kita hari ini? Adakah hari ini
(Visited 13 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge