Patin Tempoyak Temerloh Di Kuala Lumpur

Sebut saja Patin Tempoyak pasti dalam kepala otak kita akan terbayang akan Negeri Pahang. Terutamanya daerah Temerloh yang memang top dek kerana Patin Tempoyak.

Sampai ada kawan kawan saya yang sanggup untuk ride or drive ke Temerloh untuk nikmati Patin Tempoyak. Fuh… Memang berhantu beb. Lain macam sebenarnya Patin Tempoyak Temerloh ni.

Anak-anak yang memang gemar akan gulai tempoyak
Anak-anak yang memang gemar akan gulai tempoyak

Saya pun bukan penggemar patin tempoyak sebenarnya. Tapi bila duduk di Pahang dulu, ada peluang mendekati kegemaran orang setempat, dan akibat hype nya Patin Tempoyak Temerloh ni lain macam, jadi saya cuba juga. Yup… Memang patin tempoyak memang sedap.

Bila sudah tidak lagi berkhidmat di Pahang saya sudah terbayangkan memang susah lah saya nak merasa masakan Patin Tempoyak lagi.

Tapi rezeki siapa sangka kan. Dek kerana kesesakan kami batalkan untuk makan di Restoren Anis Puteri, dan berniat untuk pulang saja di rumah.

Bila sampai dekat kawasan dengan Masjid Khadijah Pantai Dalam kami terperasan signage Kak Nik Patin House. Rasa tertarik untuk berhenti menikmati juadah di situ.

Nikmati Patin Tempoyak Temerloh Di Kuala Lumpur - Kak Nik Patin House
Nikmati Patin Tempoyak Temerloh Di Kuala Lumpur – Kak Nik Patin House

Bila masuk kedalam kawasan kedai kelihatan ramai yang sedang jamu selera. Dan saya pasti ada yang istimewa di sini.

Ya, memang lauk nya agak banyak walaupun tidak sebanyak pilihan di Restoren Anis Puteri tapi sudah cukup bagi kami. Ada Patin Tempoyak, masakan Udang Galah, ulam-ulaman serta lauk lauk lain.

Bagi yang tidak tahu Udang Galah adalah salah satu tarikan di Rompin, Pahang. Walaupun tidak se’hype’ Patin Tempoyak Temerloh, peminat udang galah tahu mana patut mereka tuju.

Simple je lauk yang penting patin tempoyak ada
Simple je lauk yang penting patin tempoyak ada

Yang paling menarik bagi saya sudah tentu Patin Tempoyak. Yummy… Patin di isi dalam mangkuk beserta dengan kuah gulai tempoyak.

Isi patin yang lembut dan segar, rasa manis dan pedas kuah gulai tempoyak memang kena dengan tekak saya. Memang menyelerakan. Serius memang sedap dan jadi favorite wife saya. Hahaha…

Kak Nik Patin House dah jadi kegemaran wife jadi minggu tu dua kali hadap gulai tempoyak
Kak Nik Patin House dah jadi kegemaran wife jadi minggu tu dua kali hadap gulai tempoyak

Dan yang lagi penting harga nya tidak lah terlalu mahal, sepotong patin tempoyak adalah berharga RM12. Memang puas. Boleh makan dua orang.

Bagi yang nak menikmati Patin Tempoyak Temerloh boleh ke Kak Nik Patin House di Pantai Dalam. Besebelahan Masjid Khadijah.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
(Visited 42 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

1 thought on “Patin Tempoyak Temerloh Di Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge