5 Tips Elak Membazir Di Bulan Ramadhan… Kawal Nafsu Bang…

Bulan Ramadhan adalah bulan 1,000 rahmat di dalam nya. Ganjaran pahala berlipat kali ganda bagi sesiapa yang mengejarkan nya. Buat saja baik pahala sudah dijanjikan tapi bulan Ramadhan lagi berlipat ganda pahala nya.

Bulan Ramadhan pasti banyak tempat akan menganjurkan solat terawikh, qiamulail, tadarus, bersedekah dan lain-lain lagi. Bagi syarikat pula banyak yang ambil peluang di bulan Ramadhan untuk menganjurkan program khidmat masyarakat (CSR).

Bestnya bulan Ramadhan ni kalau kita hargai. 

Namun begitu, dalam kita mengejar 1,000 kebaikan di bulan Ramadhan, bulan Ramadhan jugalah bulan yang banyak berlaku pembaziran makanan.

Elakkan Membazir Di Bulan Ramadhan
Elak Membazir Di Bulan Ramadhan

Betul tak situasi ni yang sering terjadi pada kita di bulan puasa:

  • Ambil banyak makanan bila makan buffet, sampai penuh meja. Tapi tak makan sebab kenyang air.
  • Banyak juadah yang dibeli di bazar Ramadhan akhirnya ke tong sampah. Sebab tak larat nak habiskan
  • Belanja dari RM15 sehari kepada RM50 sehari. Sekali masuk bazar Ramadhan RM50 tu kecil je.

Mungkin tak bagi kalian tapi ya bagi aku. Sering jadi beb. Hahahah…

5 Tips Elak Membazir di Bulan Ramadhan

Ini tips untuk elak membazir

  1. Rancang sebaiknya apakah juadah yang diperlukan untuk berbuka dan bersahur. Mungkin cukup 1 lauk, 1 sayur, nasi, buah kurma dan air. So, kalau masak, masak cukup apa yang nak makan je. Kalau beli, beli apa yang nak makan. Aku dulu beli je nasi dan lauk untuk berbuka dan asingkan nasi dan lauk supaya tak basi. Lauk dan nasi aku bahagi separuh separuh, separuh untuk berbuka dan separuh untuk sahur. Ngam tak?
  2. Kalau berbuka / iftar di hotel, jangan perak’ sangat. Semua nak hentam je. Ambil yang perlu dan teringin saja. Ni apa yang aku buat. Jangan ambil nasi, nasi kat rumah pun ada. Kalau nak nasi pun ambil sikit je. Sebab korang mesti terbeliak tengok lauk yang banyak dan semua korang nak rasa kan. Jadi, jangan ambil nasi dan ambil sikit setiap lauk yang korang nak rasa. Kalau aku kat hotel kegemaran aku adalah salad. Yummy…
  3. Kalau nak pergi bazar ramadhan tu kalau boleh siapkan list. Contoh kalau nak beli tepung pelita RM3.00, Murtabak RM3.00 dan air tebu RM5.00, dalam poket jangan ada lebih dari RM11.00 dan terus jalan ke kedai yang korang mahu je. Tak payah window shopping, bawa duit ‘ngam-ngam’ saja. 
  4. Kalau nak lagi jimat, jangan masuk terus bazar Ramadhan beb. Nafsu tak tergoda, mata korang pun tak melilau tengok juadah dan tengok benda yang mengurangkan pahala. Hahaha… Duduk rumah je beb.
  5. Cuma korang ingat orang di negara luar sana cam Somalia yang tak cukup makanan nya. Cuba timbulkan rasa simpati pada mereka yang disana yang kurang makanan nya. Kita ni makanan berlebih sampai buang ke tong sampah, mereka makanan pun tak ada. Dengan duduk rumah dan masak saja simple simple (ala ala healthy food gitu. Rebus kukus bakar saja) boleh juga AKU KURUS. Turunkan berat badan aku dari 100kg ke 80kg ke, kan? Bulan puasa kita kasi kurus dulu. Bulan raya kita kasi fit semula dan up kan stamina, harapnya target tahun 2017 untuk join at least 2 marathon tercapai. Tahun 2016, 1 marathon je tu pun 5km je.

Apa pun, harapnya kita dapat kawal nafsu kita semua. Elak membazir beb. Membazirkan amalaan syaiton.

Kalau boleh tahun 2017 ni kita ubah semua situasi yang tadi, elak membazir di bulan Ramadhan ni. Good luck all buddy.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan?? Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu
(Visited 19 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “5 Tips Elak Membazir Di Bulan Ramadhan… Kawal Nafsu Bang…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge