Benarkah Ada KWSP Cerah Masa Depan?

“Kenapa kerja situ? Bukan ada KWSP pun. Berapa Sen sangat lah gaji. Tiada KWSP tiada masa depan nanti”

“Nak beli rumah pun nanti susah tau. Pastu kalau ada KWSP dah pencen nanti boleh la renovate rumah cantik-cantik tak pun beli kereta besar”

Ada KWSP Cerah Masa Depan?
Ada KWSP Cerah Masa Depan?

Benarkah Ada KWSP Cerah Masa Depan?

Inilah mindset sesetengah Melayu ‘Ada KWSP cerah masa depan’.

Bagi saya quote ni tak salah tapi yang salah tanggapan Melayu-Melayu yang busuk hati ni. Yang dengki tak sudah sudah.

Ni saya nak sekolahkan sikit cuba google berapa lama duit pampasan KWSP mampu bertahan?

  • 10 tahun
  • 10 bulan
  • 10 minggu
  • 10 hari

Jawapannya…

Bukan soal berapa duit KWSP kau simpan. Berapa duit KWSP kau dapat bila dah bersara.

TAPI BAGAIMANA KAU URUSKAN DUIT YANG ADA?

Duit kalau bagi Sejuta pun boleh habis dalam masa sehari la kalau kau BUTA BAB PENGURUSAN KEWANGAN.

Kalau dapat duit KWSP sibuk nak renovate rumah, sibuk nak melancong, sibuk nak beli kereta baru. BERAPA LAMA DUIT TU NAK BERTAHAN?

Berapa lama duit kwsp akan bertahan

Self reward tak salah tapi berpada lah. Kira sebetulnya. Berapa duit yang ada. Berapa kos perbelanjaan harian yang diperlukan, Berapa ko

Cubalah manage duit tu dengan betul. Duit yang ada fikirkan cara nak kembangkan. Buat perniagaan ke. Labur ke.

Labur dalam skim yang betul yang sah. Dalam pelaburan yang sah oleh Bank Negara. Bukan labur dalam skim Macca Fund. Bukan dalam skim Pak Man Telo. Kalau tak melebur lah.

Sebelum labur faham dan kaji dulu. Tengok propektus, baca dan hadam.

Lagi satu dapat duit KWSP simpan sikit untuk DUIT SAKIT. Dah la Takaful tiada. Duit Sakit pun tiada.

Bila orang promote Takaful kau cakap ‘Buat apa kayakan kau? Aku sihat lagi’.

Ok tak nak takaful tak apa bukan agen tu yang rugi pun. Yang sakit tu bukan agen tu pun. Kau masuk hospital pun bukan agen tu bayar pun. KAU SENDIRI NANTI. POKET SENDIRI YANG KOYAK NANTI.

Aku dah malas nak bebel tapi last aku nak pesan.

JANGAN INGAT ORANG TAK ADA KWSP TU SENGKEK DAN TAK ADA MASA DEPAN.

Tak percaya tanya lah abang niaga apam balik kat pasar malam tu,Abang yang niaga ikan kat pasar tani tu.

Dia ada KWSP tak? Berapa duit dia dalam Bank?

Bukan soal berapa duit kau ada hari ini tapi BAGAIMANA KAU MERANCANG KEWANGAN KAU UNTUK MASA DEPAN.

Sumber: Takaful4u

Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Fahami Kompenen Kereta Anda Dan Elakkan Ditipu 1> Minyak hitam Minyak hitam yg bukan sintetik
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 22 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge