Memilih Pekerjaan? Kerja Kerajaan atau swasta?

Konfliks dalam memilih haluan kerja. Aku rasa ramai yang menghadapi menda camni. Aku pun menghadapi situasi seperti ini. Nak memilih antara kerja kerajaan atau swasta. Aku dua-dua penah aku lalui dan pandangan aku dua-dua ada pro and con dia.
Kerja Kerajaan atau swasta?
Kerja Kerajaan atau swasta?
Ini adalah pandangan peribadi aku, bagi yang masih konfius nak pilih kerja kerajaan atau swasta?

Kerja Kerajaan 
  • Gaji tetiap bulan konfirm tepat pada masanya.
  • Kalau tetap, mudah nak tambah hutang kat bank.
  • Ada masa rileks, ada masa sibuk dan ada masa leh hoye-hoye.
  • Boleh berkira kerja, lengahkan kerja (biasa yang dah tetap suka buat).
  • Rasa lebih selamat.
  • Kos rawatan untuk hospital kerajaan dan klinik kerajaan percuma untuk seisi keluarga.
  • Bonus tengok pada ekonomi dan pemimpin.

Kerja Swasta

  • Kalau gaji lewat masuk tu biasa lah. (Bukan semua kompeni)
  • Claim lambat dapat. (Bukan semua kompeni.)
  • Banyak masa kena kerah, ada masa rileks dan beruntung kalo leh hoye-hoye.
  • Boleh juga berkira kerja. Kalau bos suruh tak nak buat, boleh jugak berlagak cam kompeni sendiri. Tapi sedia lah kalau terima surat “You’re fired”.
  • Kalau kena marah tu biasa lah tu. (Semua orang buat silap)
  • Sedia untuk kena kerah dan kena perah.
  • Kos rawatan ada yang kompeni tanggung, ada yang tanggung sendiri dan ada yang separuh-separuh.
  • Bonus tengok pada kompeni. Kalau ada untung dan bos happy banyak la bonus.

Kalau nak list kan aku rasa memang terlalu banyak. Dan tak terkira. Memang banyak lagi benefit lain. Dua-dua pun banyak kebaikan nya.

Memana pun tak apa, untuk yang fresh grad nasihat aku tak payah nak pilih-pilih, grab je peluang yang datang dan pilih yang mana korang rasa selesa. Ikut kata hati kamu jangan ikutkan rentak orang lain.

Yang penting, Timbalah pengalaman sebanyak mungkin untuk memajukan diri kita. Usah terlalu mengharapkan kebaikan dan benefit sangat, bila pengalaman dah luas makin luas minda kita terbuka. Dan makin banyak peluang yang datang.

Bagi aku usah nak pikir kerja swasta atau kerajaan, yang penting kita berkerjaya dan berkerja dengan ikhlas hati bagi memperoleh hasil yang halal.

Seboleh nya, berkerja sebolehnya bersesuaian dengan minat kita dan yang membolehkan kita berasa gembira dan enjoy. Bukan nya bekerja dalam keterpaksaan.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Teknik menjual diri? Ya, teknik menjual diri untuk
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
(Visited 27 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge