Alarm Kereta Buat Hal Lagi? Terpaksa ke Cobra TTDI

Dulu pernah buat satu entri ‘Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri, Ini Penyelesaiannya’, ingat kan selepa reset semua masalah selesai rupanya tidak sama sekali.

Bertahan hanya dalam 4 bulan masalah baru timbul. Adoilaa… Sakit otak juga memikirkan.

Memula setakat alarm system je tak jalan. Buat bodoh lagi, pakai je lock manual cam kereta ‘Ford Escord’. Peduli apa aku ada alarm ke tak. Hahaha…

Alarm Kereta Buat Hal lagi? Alarm dan touch key dua dua dah tak jalan.
Alarm Kereta Buat Hal lagi? Alarm dan touch key dua dua dah tak jalan.

Tapi sebulan lebih kemudian, touch key system pula buat hal. Adoi… Sekali lagi masalah bertimpa.

Kalau sistem alarm biasa tak de nak menggelabah sangat pasal tahu harga market dia. Tapi memandangkan Kereta Vios Hitam Asap Lori aku ni pakai Alarm System Cobra memang aku tepuk dahi beb.

Cuba search kat ‘google’ Kos Ganti Alarm System Cobra. Menangis harga dia beb.

Nak tak nak terpaksa juga aku ke Cobra di TTDI. Dah tak de pilihan sebab alarm dan touch key memang tak boleh guna. Karang biarkan lagi nanti memang langsung tak boleh jalan kereta sakti aku ni.

Markas Cobra di TTDI
Markas Cobra di TTDI

Sampai di Cobra, aku tengok kosong je. Mana orang kerja. Cuma ada seorang uncle tua duduk baca paper di kerusi menunggu. Aku ingat pelanggan. 

Rupanya dia adalah pekerja Cobra, umur aku rasa ada dalam 50-60 tahun. Aku bagi saja kunci kat dia dan bagitahu masalah aku.

Kos Repair Alarm System

Dalam aku duduk menunggu ada 3-4 orang pelanggan lain datang. Ada satu brader tu datang baiki kunci Toyota Unser dia, datang dari Gombak. Bila dah selesai urusan dia aku tanya dia ‘Berapa habis bang?’.

‘400 lebih je’ selamba brader tu jawab sambil tunjul bil kat aku.

Telan air liur aku beb.

Tawakal dan redha je la. Duit dalam wallet ada seratus (Checked!), Kad Debit (Checked!), Bank dekat sebelah je (Checked!), Bateri Phone (Checked!), Power Bank (Checked!).

Kalau duit dalam wallet tak cukup, kena cucuk kat ATM la. Kalau tak cukup kena call bini jawabnya. Doa banyak-banyak dah masa ni beb.

Apa Sudah Rosak?

Dalam duk buat buat belek phone, uncle tadi panggil aku. Suh pergi try alarm system dah ok ke belum.

Aku pun pergi ke sebelah dengan seorang uncle ni. Uncle kasi aku test.

‘Apa masalah ya uncle?’

‘You punya bateri sudah weak la.’

‘Baru saja tukar la uncle sudah weak ka?’

‘You tukar mana? Kedai jam ka kedai kereta?’

Terdia aku pasal memang aku tukar kat kedai kamera je hari tu. Aku pun tak tau dia bagi bateri ori ke fake punya. Lemau je tak sampai setahun dah jahanam.

‘Itu touch key kenapa?’ Tanya aku tukar topic. Hahahah

‘Satu wayar sudah putus. You ada spare ka tidak?’

‘Tiada la uncle. Ada satu saja.’ 

‘Ya ka. Nanti buat duplicate la. Kalau putus lagi memang susah mau patri nanti.’ 

‘Ok… Ok… Uncle. Berapa harga kalau mau duplicate’

‘Dalam Rm300 lebih itu macam saja. Pasal mahu baca you punya ID kena buka tengok dalam kereta pasal you tiada buku ID. Kalau ada buku ID murah sikit’

Gulp…. Baru duplicate dah RM300 lebih. Kalau tukar baru lagi menangis beb.

‘So ini berapa uncle’

‘Jom ikut saya buat bil’

Aku follow je la unce tu. Sampai kat kaunter dia tulis bil dan bagi aku ‘RM38’.

Fuh… Lega rasa. Ingat dah kena beratus tadi.

Memang pengajaran buat aku lepas ni jangan suka suka je main tukar je bateri kat kedai jam, baik pergi kedai aksesori kereta boleh cuci mata sekali. Hahahah…

Alamat Cobra

Nah ni alamat Cobra kalau korang memerlukan:

Cobra Auto TTDI
118-120, Jalan Burhanuddin Helmi,
TTDI, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel +603 7729 7540 or 7728 8422
Fax +603 7727 8422

Emergency : 24 hours daily
Customer Service : Mon to Sat, 9am to 7pm
Tel +603 5888 0000
Fax +603 5888 0040
customerservice@cse.com.my

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kereta adalah pengangkutan yang menjadi pilihan ramai masyarakat
Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?.
Jangan lupa asal usul
(Visited 15 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge