Fenomena Ulat Tiket Dalam Bola Sepak Malaysia

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya dalam KL 2017. Walaupun tewas pada Thailand dengan 1-0. Kalian tetap juara dalam hati semua pennyokong dan rakyat Malaysia.

Mempamerkan aksi yang terbaik dari awal KL 2017 hingga tamat semalam. Dan dari KL 2017 kita boleh lihat penemuan wira baru dan sudah pasti nya ‘Fenomena Thanabalan’.

Kata-kata TMJ kepada semua pemain selepas tamat pelawanan.

Salute. Daulat Tuanku.

Fenomena Ulat Tiket Dalam Bola Sepak Malaysia

Walaupun bola sepak KL 2017 sudah tamat dan malam ini adalah penutup KL 2017, isu ulat tiket bukan sesuatu yang patut dipandang ringan.

Agak menyakitkan hati bila ramai yang masih lagi sedang beratur untuk mendapatkan tiket tapi sudah ada yang sewenang-wenang menjual tiket dengan harga yang berkali ganda mahal nya.

Ya, mungkin ini peluang bisnes bagi sesetengah orang tapi ia sesuatu yang tak patut.

Tiket yang dijual dengan harga RM 21.20 termasuk GST. Dijual semula dengan harga RM 50 – RM 150. Berganda untungnya.

Fenomena Ulat Tiket
Fenomena Ulat Tiket

Dengan alasan mereka beratur dari jam 2.00 pagi untuk dapatkan tiket. Hurmm…

Bukan nak kata apa lah kalau rasa perlukan tiket tu 2 keping beli sajalah 2 keping tak perlu beli sampai 5 keping walau kuota adalah 5 keping. Fikir orang belakang sikit bai…

Lagi tak boleh blah bila dengar ada yang dapat tiket FREE dari YB. Wow… Betul ke? Untung siapa yang rapat dengan YB kan?

Apapun ia tetap tidak adil bagi peminat yang benar-benar ingin menonton perlawanan akhir tersebut. Dan lagi tidak adil bila ada pihak yang cuba menangguk dalam air yang keruh.

Diharapnya selepas ni pihak yang terbabit boleh lakukan improvement dalam sistem penjualan tiket bagi mengelakkan masalah Ulat Tiket ni. Mungkin boleh lakukan penjualan online dan denda terhadap makhluk Ulat Tiket ini.

Majulah sukan untuk negara.

 

Fahami Kompenen Kereta Anda Dan Elakkan Ditipu 1> Minyak hitam Minyak hitam yg bukan sintetik
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 21 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Fenomena Ulat Tiket Dalam Bola Sepak Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge