Harga Makanan Food Truck Mahal? Ini Pandangan Peribadi Saya

Assalamulaikum buat semua saudaraku…

Food Truck salah satu trend perniagaan makanan yang boleh dikatakan terkini di Malaysia. Kalau dulu nak dapatkan makanan di jalanan, hanya ada warung tepi jalan, penjaja atau lori pasar malam tapi kini ada food truck, lori menjual makanan yang lebih berkonsep.

Suka tengok konsep Food Truck guna Combi ni
Suka tengok konsep Food Truck guna Combi ni

Kalau dulu buat staf yang kerja di kompleks besar, contoh KLCC tiada piihan selain makan di food court dalam kompleks tu atu keluar jauh untuk cari makanan kena selera dan lebih nilai. Tapi sekarang dah ada food truck yang parking berdekatan jadi boleh beli makanan di truck pula. Kan?

Bagus Ke Perniagaan Food Truck Ni?

Sejujurnya, aku melihat food truck salah satu trend yang positif, kenapa?

Dengan adanya perniagaan food truck, peniaga ada pilihan lain untuk memilih method atau cara operasi mereka.

Jika dulu, mereka perlu mencari kedai yang berada di lokasi yang strategik dan mempunyai potensi pelanggan yang ramai. Dan satu benda yang korang kena ingat, untuk dapat satu kedai yang stratergik, harga nya juga amat tinggi. Baik sewa ataupun harga jualan bangunan tersebut.

Hakikat di Malaysia, hari ini untuk sesuatu kedai yang strategik kekadang harga sewaan nya boleh mencecah berkali ganda berbanding kedai yang lain. Tak percaya? Boleh cuba pergi survey kedai yang mengadap jalan utama dan kedai yang terceruk mengadap kubur. Mana lagi murah walaupun dalam taman yang sama.

Itu baru cerita bab harga sewa biasa bang. Belum lagi cerita sewa tangan atas tangan. Maknya sewaan melalui pihak ketiga bukan owner direct. Hargaya kekadang lagi tak masuk akal. Mereka ni biasa dah mark up keuntungan untuk mereka.

Dan ini juga belum lagi cerita bab birokrasi dalam permohonan kedai. Isu kroni, isu kabel dan lain-lain. Ini biasa untuk sewaan premis milik agensi kerajaan.

Harga Makanan Food Truck Mahal? Ini Pandangan Peribadi Saya

Dalam dua hari lepas aku ternampak ada netizen yang berkongsi tentang harga makanan food truck mahal? Ramai yang turut menghentam peniaga food truck kata harga makanan food truck mahal, portion makanan yang kecil dan tak berbaloi.

Aku kekadang malas nak komen sangat isu viral ni. Bukan apa dalam dunia maya ni ramai sangat pahlawan dan pejuang. Pejuang yang sibuk menghukum ikut sedap jari je.

Kalau korang pernah ingat pernah viral pasal harga steak di Me’Nate mahal nak mampos? Yup, harga wagyu steak premium memang mahal.

Tengok lah walaupun viral harga Me’Nate tu mahal ramai je orang yang pergi makan di Me’Nate. Sebab apa? Sebab berbaloi walaupun harga agak mahal. Bukan selalu korang nak makan steak premium. Sesekali kan? Self reward bai. Jangan berkira.

Berbalik kepada harga makanan food truck mahal, bagi aku harga makanan di letak sebegitu ada sebab nya. Jangan korang nampak perniagaan food truck tu kurang kos (rendah overhead nya).

Ramai yang cakap niaga food truck ni tak perlu sewa kedai, tak payah nak bayar ramai pekerja, tiada bil air dan elektrik, tiada perabot beribu ribu dan lain lain.

Ok, aku senaraikan kat sini antara kos yang ditanggung oleh food truck ni:

  • Pekerja  biasa nya tak ramai paling ramai pun 3 orang tapi biasa nya 2 orang saja. Ruang truck pun bukan besar.
  • Kos fabrikasi truck boleh mencecah Rm30-50 ribu mungkin lebih. Terpulang kepada peralatan dalam truck tu. Kalau perhatikan apa yang ada dalam truck itu ada di dapur restoren.
  • Kos penyelengaraan untuk food truck sebenarnya agak tinggi. Seperti kereta kita lah, minyak, minyak hitam, tayar dan lain-lain lagi.
  • Harga sewaan tapak tak lah mahal tak mencecah RM10 ribu sebulan, tapi harga sewaan tapak mereka adalah mengikut kiraan hari antara RM30-RM50 sehari dalam sebulan lebih kurang RM1,500. Itu harga sewa tapak biasa kalau untuk event mungkin lebih lagi.
  • Kos bahan mentah, rasanya ini semua pernigaan makanan memang memanggung semua ni.

Rasanya cukuplah saya senaraikan buat kali ini. Mungkin ada lebih lagi yang hanya mereka yang berniaga food truck sahaja yang tahu.

Harga Makanan Food Truck Mahal
Harga Makanan Food Truck Mahal

Hari itu ada saya terbaca ada yang komen tulis ‘Food truck diluar negara makanannya murah.’ 

Saya tak tahu nak cakap apa. Sebab saya tak pernah pergi oversea. Duduk dalam Malaysia je pun, paling jauh pun saya pernah pergi Thailand atau lebih tepat Patani dan Tak Bai saja.

Jadi saya tak tahu harga makanan food truck mahal ke murah kat oversea sana.

Tapi, sebagai seorang penguna, jadilah pengguna yang bijak. Buat pilihan bai. Janganlah nampak orang beli kita nak beli kau nak beli. Asal viral je sibuk nak terjah. Tepuk poket tanya duit cukup ke tak.

Lagi satu makan nak mewah tu berpada je la. Tak payahlah sampai selalu nak makan mewah je. Tak gitu.

Masak makanan mak/bini masak lagi heaven bai.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Harga Makanan Food Truck Mahal? Ini Pandangan Peribadi Saya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge