Kerana Berus Di Dapur Aku Hampir Kehilangan Satu Jari

Assalamulaikum Buat Semua Saudaraku…

Lama aku tidak menulis di sini. Bukan sibuk tapi lupakan sekejap penulisan di blog. Masa yang aku ada sama je dengan masa yang kalian ada 24 jam saja. Sama…

Insyallah semua akan ‘back to track’… Akan kembali menulis di sini sekerap yang mungkin. Ini yang aku mulakan dari dulu dan akan aku cuba kekalkan ia disini.

Hampir Kehilangan Satu Jari

Rancangan asal aku cuti untuk 3 hari dari Isnin hingga Rabu kerana ada urusan yang perlu aku selesaikan tapi lain yang di rancang lain pula yang jadi nya.

Niat asal cuti untuk membantu perniagaan anak buah aku selama 3 hari tapi jadi cuti sakit selama 3 minggu.

Long Holiday
Long Holiday

Semua bermula apabila pagi Isnin 2 Oktober 2017 aku sibuk siapkan beberapa barangan berniaga di dapur. Dah semua siap barang nak berniaga, aku kemaskan semua barangan dan cuci apa yang patut.

Semasa mencuci periuk yang penuh dengan kerak tu, aku gunakan lah berus besi seperti biasa. Sedang syok tonyoh sana gosok sini periuk nak bagi bersih, aku tarik berus tu satu kali dan satu urat berus besi yang tinggal telah ‘zassss’ sama jari-jari aku.

Apa yang aku nampak masa tu adalah darah yang terpancut ke dinding dapur macam ayam kena sembelih, dan satu jari aku terlompang kesan terpotong nampak putih macam tulang.

Tak fikir panjang tanggal baju yang aku pakai balut tangan aku untuk stop darah dan capai baju lain dan bag terus berlari dapatkan anak buah aku yang sedang panaskan enjin kereta untuk ke klinik.

Apa Yang Aku Fikir Vs Apa Yang Doktor Cakap

Dalam otak aku hanya fikir ke klinik, doktor aku cuci luka dan jahit semua luka dan selesai. Tapi semuanya salah.

Sampai ke klinik masuk ke bilik rawatan, doktor tengok luka dan tanya aku beberapa soalan. Aku dah lemah dan berpinau masa tu, sebab darah banyak dah keluar.

Doktor cakap ‘You need to go to hospital. Need operation for this’

‘Tak boleh jahit je ke, Doktor?’ Tanya aku tak puas hati.

‘Tak boleh luka ni besar. Need proper treatment’ 

Aku terdiam. Aku ingat hanya luka biasa saja. Dah bayang dah tinggal 9 jari je.

Doktor hanya balut dan bagi rawatan awal dan minta aku segera ke hospital untuk rawatan.

Dalam fikiran aku, mungkin hanya terus masuk rawatan beberapa jam dan boleh balik tanpa masuk wad. Jadi aku decided ke PPUM saja. Sebab dekat.

Aku Fikir Vs Doktor Cakap
  • Aku ingat luka terpotong biasa, tapi hakikatnya satu jari ada dua salur darah di sisi kiri dan kanan jari, dan aku dah potong satu salur darah yang menyebabkan 50% fungsinya hilang. Korang faham lah sendiri
  • Aku ingat jari aku cam kena pisau gilette je, tapi hakikatnya doktor cakap aku kemungkinan kehilangan satu jari tapi bernasib baik sebab dia tak terpotong tendon.
  • Aku ingat jahit je boleh selesai, tapi hakikatnya aku perlu masuk ke operation room selama 5 jam dengan full body bius.
  • Aku ingat habislah cuti aku 3 hari jadi cuti sakit 3 hari tapi rupanya aku dapat cuti sakit 3 minggu.

Dan yang paling best lebih 10 orang doktor dan nurse yang aku jumpa di klinik dan hospital tak percaya yang jari aku terpotong dek berus besi dalam rumah saja.

Hasil lepas operation. Aku kena pakai sarung ni selama 3 minggu.
Hasil lepas operation. Aku kena pakai sarung ni selama 3 minggu.

Dalam report pun diorang tulis ‘Cut by grinder’. Sebab diorang tengok cara terpotong yang dalam macam kena potong dengan mesin.

Nak tahu puncanya? Ya barang ni aku percaya ada dalam setiap rumah korang juga.

Kerana Berus Periuk ni aku hampir kehilangan satu jari
Kerana Berus Periuk ni aku hampir kehilangan satu jari

Aku kongsi semoga jadi peringatan buat semua kawan kawan juga. Chow.

Doakan aku kekal 10 jari tak jadi DaddyDee 9 jari.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Minggu lalu kita dikejutkan oleh kejadian seorang kanak-kanak lelaki
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Pertamanya, saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga allahyarham
Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku... Hari Raya telah masuk hari ke-4, pasti ada
(Visited 54 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Kerana Berus Di Dapur Aku Hampir Kehilangan Satu Jari”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge