Tombiruo: Penunggu Rimba Menarik! Tombiruo Filem Wajib Tonton

Filem Tombiruo atalha adaptasi dari novel tulisan Ramli Awang Murshid. Memang beliau antara noveles kegemaran saya. Ada beberapa novel tulisan beliau yang pernah saya baca antaranya ADAM, 9 Nyawa dan Tumbirou. Memang menarik.

Boleh dikatakan bila diumumkan Tombiruo akan difilemkan saya memang tunggu.

Tombiruo Filem Wajib Tonton

 Tonton thriller Tombiruo memang membuat aku rasa nak tonton movie ni walhal hakikatnya 10 thriller yang aku tengok cuma 1@2 je movie nya best. Terutama cerita Melayu.

Tapi ternyata Tombiruo memang tidak mengecewakan.

Tombiruo Filem Wajib Tonton
Tombiruo Filem Wajib Tonton

Mula perjalanan cerita dengan kelahiran Ejim atau Tombiruo ke dunia. Awal cerita ini pun mula dengan sesi perlawanan dua orang dengan bapa Ejim ingin membunuh ibu Ejim dengan ibunya kerana tidak mahu rahsia perkosaan beliau terbongkar.

Apa yang menarik babak awal ini perlawanan antara dua lelaki ini ada gerak seni yang mantap ditambah dengan lokasi dalam sungai dan saat hujan petir menambahkan lagi debaran aksi lawan itu.

Tumbirou kemudian dihanyutkan oleh Monsurui ke hutan kerana merasakan sana tempatnya. Tombiruo kemudian ditemui oleh Pondolou dan dibesarkan.

Akibat ketamakan pada harta manusia sanggup berbunuhan walaupun keluarga sendiri dan menggadaikan alam sekitar. Itulah yang terjadi dalam keluarga Barham.

Bermula dari serangan pengganas dalam sebuah kampung telah menyebabkan kematian Pondolou, Salina dan Barham.

Tombiruo
Tombiruo

Kematian Salina menyebabkan Amir berdendam dengan Tombirou dan menyebabkan dia memburu untuk menghapuskan Tombiruo. Akibat dendam Amir hilang kasih sayang dalam diri dan mengabaikan anak nya sendiri kerana asyik memburu Tombiruo.

Wan Suraya seorang pemberita yang cuba merungkai misteri Tombiruo. Satu persatu persoalan mula terjawab.

Wan Suraya juga cuba meyakinkan Amir bahawa Tombiruo bukan seperti yang disangkanya.

Nak tahu lanjut mesti kena tonton, Tombiruo filem wajib tonton. Tonton untuk saksikan konflik dan filem penuh aksi ini. Memang puas beb.

Lepas ni target untuk tonton filem Jibam. Filem Tombiruo adalah filem wajib tonton untuk 2017.

Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Fahami Kompenen Kereta Anda Dan Elakkan Ditipu 1> Minyak hitam Minyak hitam yg bukan sintetik
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 11 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge