Benarkah ASB Loan Merugikan? Perbandingan Simpanan ASB Menggunakan ASB Loan Dan Kaedah Simpanan Tetap Bulaan

Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad baru. Aku pakai kad ni dari tahun 2008.

Mana tau dah kena tukau. Tak de reminder pun. Hahahah… Padahal kad bank lain semua aku dah tukau, yang RHB ke belum. Kikikiki…

Brader kaunter RHB Bangsar South sempat promote kat aku ASB Loan. Nampak menarik. Kikiki.

Manusia ni pantang dengar duit. Tu yang semua pakat terjun lubang.

Tapi lubang ni lain sikit.

Adakah ASB Loan Merugikan?
Adakah ASB Loan Merugikan?

 

Berapa Nilai Yang Di Perolehi Dengan ASB Loan

Contoh, Dengan ASB Loan sebanyak RM100,000 dengan tempoh selama 30 tahun bayaran bulanan adalah RM525 sebulan. Dengan kadar faedah 4.80%.

Ok, dalam compaund calculator aku letakkan dengan nilai permulaan RM100,000 dan additional monthly adalah RM100 dan kadar keuntungan adalah 7%. Maka selepas 30tahun nilai terkumpul adalah RM878k.

*Kadar keuntungan 7% adalah andaian saya.

Simpanan ASB menggunakan ASB Loan

Berapa Nilai Yang Di Perolehi Dengan Simpanan Tetap ASB

Untuk perbandingan aku gunakan simpanan tetap selama 30 tahun dengan monthly saving RM625. Kadar keuntungan yang sama 7%. Jumlah terkumpul adalah 735k.

Simpanan ASB mengunakan ASB Loan
Simpanan ASB mengunakan simpanan tetap setiap bulan

Benarkah ASB Loan Merugikan?

Rugikah menggunakan instrument ASB Loan untuk mendapat untung lebih RM100k?

Jadi yang mana lebih untung? Fikir sendiri.

Sebaiknya memang untuk pelaburan guna cash in hand bukan loan. Tapi bagi orang yang kurang disiplin cam aku. Yang tiap tahun gatal korek dividen ASB bayar road tax. ASB Loan antara instrument pelaburan terbaik.

Ok semoga bermanafaat.

Saya bukan agen ASB pun. Tapi kalau siapa nak keluarkan KWSP untuk invest dalam Unit Trust boleh roger roger pakcik. Terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Jangan beli ebuku Teknik SEO Merah Jambu, sejujur
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Perlukan modal besar atau modal kecil yang diperlukan untuk
(Visited 39 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Benarkah ASB Loan Merugikan? Perbandingan Simpanan ASB Menggunakan ASB Loan Dan Kaedah Simpanan Tetap Bulaan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge