Justice League Membosankan?

Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal yang sibuk nak sangat tengok movie Justice League.

Movie Justice League Membosankan… Mengecewakan

Movie Justice League sekali lagi diarahkan oleh Zack Snyder, pengarah yang sama dengan Batman Vs Superman. Dulu ramai cakap movie BVS terlalu dark, tapi bagi aku BVS adalah antara movie Batman yang best.

Untuk Justice League, aku rasa movie ni agak meleret dan membosankan.

Plot Movie Justice League

Selepas kematian Superman, Batman mula rasa bersalah dengan apa yang berlaku, dan yakin akan lebih banyak alien akan menyerang bumi. Dia yakin yang dia tak mampu nak hadapi semua ini bersendirian.

Justice League Membosankan
Justice League Membosankan

Kemunculan makluk yang mampu mengesan rasa ketakutan dan akan makan manusia yang takut menyebabkan Bruce khuatir akan ada serangan alien lagi. Dia bersama Diana telah berusaha mengumpulkan Flash, Aquaman dan Cyborg untuk sertai mereka.

Layan Budak Dua Orang Ni Nak Tengok JL
Layan Budak Dua Orang Ni Nak Tengok JL

Steppenwolf pernah menyerang bumi tapi ditentang hebat oleh manusia, Amazon, Atlantis dan Green Lantern. Steppenwolf telah kalah dan melarikan diri. 3 mother box milik Steppenwolf telah disimpan oleh manusia, Amazon dan Atlantis.

Kini, Steppenwolf kembali untuk menakluk bumi. Steppenwolf mula menyerang Amozon untuk mendapatkan salah satu mother box, diikuti dengan Atlantis.

Untuk melawan Steppenwolf, Batman tahu mereka tidak cukup kuat untuk melawan. Dan mereka memerlukan Superman untuk membantu mereka. Mereka sepakat untuk menghidupkan Superman walaupun tahu kemungkinan mereka akan kehilangan mother box terakhir dan akan memberikan peluang Steppenwolf mendapat kuasa yang dikehendaki.

JL cuba mempertahankan bumi dengan menggunakan kekuatan yang mereka ada.

Kenapa Filem Justice League membosankan?
  • Pengenalan wataknya agak meleret bagi aku. Sebelum ini belum ada movie tentang Aquaman dan Cyborg, jadi kewujudan dua watak ni agak mengelirukan. Kalau Flash dah ada banyak movie/siries sebelum ni so tak lah heran dengan kewujudan Flash ni. Jika dibandingkan cara pendekatan Marvel lebih baik dengan solo movie masing masing baru ada Avengers, jadi pengenalan asal usul watak lebih clear. Kecuali Black Panter yang muncul dalam Civil War sebelum solo movie dan juga Spiderman.
  • Filem ni pun agak meleret plot dia. Kalau direct aksi rasanya lagi best. Rasanya BVS better than JL. Kalau compare BVS dengan JL, JL dia punya momentum agak slow, tengah syok layan aksi lawan tetiba slow down.
  • Sesekali lawak dari Erza Miller aka Barry Allen aka Flash saja yang membuatkan wayang bingit dengan gelak tawa. Dalam banyak watak JL, Flash paling menonjol rasanya.
  • Green Lantern tiada dalam JL? Kalau ikut flashback, GL antara yang melawan Stephenwolf bersama dengan bangsa manusia, amazon dan atlantis. Jadi kemungkinan GL akan muncul dalam filem JL seterusnya.
  • Aksi Aquaman yang agak kurang. Aku agak menunggu untuk lihat kuasa yang ada pada Aquaman tapi dalam JL kuasa dia agak kurang ditonjolkan. Hurmm… Kena tunggu solo movie.
  • Batman tak power? Ben antara pelakon Batman yang best bagi aku. ‘What is you power? I’m Rich’. Ini paling win dan sarcastic. Batman adalah manusia biasa tiada power tapi dalam JL yang dia tonjolkan adalah dia punya ‘Leadership’… Waiting for Batman solo movie.
  • Superman is back. No black superman.
  • Wonder women… Yes, she’s damn hot.
  • Cyborg… Super Human Computer.

Kalau ikutkan siri animasi dan komik, rasanya banyak lagi watak dalam Justice League ni. Tak tahulah setakat mana DC akan kumpulkan watak dalam JL ni.

Dan berapa banyak dunia akan difilemkan?

Dom Is Back. Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, Fast And Furious 8
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Semakin lama semakin slow pula nak tulis review
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Isnin lalu, saya bersama isteri pergi menonton Elysium
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
(Visited 22 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge