Pilih Bengkel Sebaiknya Untuk Elak Ditipu

Satu ketika dulu di bengkel M

‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah ok, cuma stering senget sikit bila abang drive nanti.’

‘Tak boleh buat ke?’

‘Budak saya dah cuba adjust, cuba buka. Tapi tak boleh, dah ketat abang punya arm tu. Kena potong welding. Kami tak ada welding.’

‘Tak apalah kalau gitu’

Sempat dua tiga kali juga aku ke Bengkel M. Buat alignment. Dan hampir setahun lebih aku drive dengan stering senget. Hahahahh 😅😅😅😅😅

Dah jadi biasa drive stering senget.

Pilih Bengkel Sebaiknya Untuk Elak Ditipu
Pilih Bengkel Sebaiknya Untuk Elak Ditipu

Di Bengkel C

Tadi aku pergi servis ke Bengkel C. Aku boleh kata regular dah kat bengkel ni, dari mula kahwin lagi, lebih kurang 7 tahun. Tapi sejak aku kena pindah jarang ke bengkel C dah.

‘Bos, alignment dan balancing. Tukar minyak sekali’

‘Ok’ terus amik kereta dan jack.

Seorang brader Melayu ni terus buka tayar kereta aku.

‘Bang, ball head dah goyang. Tak ketat. Rosak ni. Tak boleh alignment macam ni’

‘Ya ke? Adoi’ koyak lah poket. Sambil terus pergi dekat brader tu dan tanya dia ap masalah dan akibatnya.

‘Berapa?’ Tanya aku.

‘RM xxx sepasang. Siap pasang.’

‘Hurmm… ok lah jalan lah.’

Lagi pun dia dah banyak jasa pada aku.

Alhamdulillah. Selepas hampir setahun lebih aku pandu dengan stering senget. Hari ni stering aku dah tegak kembali. Yeah…

3-4 kali dan hampir setahun lebih duk ulang alik ke bengkel M, masalah tak selesai. Sekali pergi ke bengkel C terus selesai.

Yup, bengkel C akan selalu cakap itu ini rosak. Tapi pernah aku kena ketuk dengan bengkel M lagi teruk.

Apa Akibatnya?

Sebenarnya agak bahaya drive dengan stering senget ni, bukan nak cakap apa sebab aku pernah drive macam ni selama setahun jadi adalah pengalaman.

Yang bahaya adalah sebab nya dalam mindset kita lurus adalah tegak bukan senget sikit. Pernah satu kali aku terlelap, dan bila terjaga tangan aku secara automatik terus tegakkan stering, nasib baik sempat betulkan kalau tak memang aku berlanggar dengan kereta sebelah. Bahaya.

Lagi satu bahaya bila kau terlanggar lopak atau lubang, kita akan cuba tegakkan stering, bila tegak makin ketepi lah.

Bila ingat brader di bengkel C cakap tak boleh alignment kalau ball head rosak, macamana bengkel M buat? Sedangkan berkali-kali aku pergi ke bengkel dia? Hurmmm….

Life or money. Choose wisely.

Ketagihan media sosial antara virus yang sedang tersebar luas dalam masyarakat di dunia hari ini.
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 'Nanti dah besar, dah ada anak, tahulah kamu.'
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berperang dengan diri -
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hidup saya memang saya jadikan secawan kopi jadi
(Visited 10 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge