10 Movie Terbaik 2017

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya untuk dikenang dan dihargai bukan untuk hidup di dalamnya, yang terjadi 2017 aku jadikan sejarah. Tinggalkan ia, banyak pelajaran hidup yang aku dapat.

Movie terbaik 2017

2017 memang mengajar aku erti hidup sebenarnya. Tahun yang  banyak memberi makna dalam hidup aku dan juga turning point bagi aku.

Berbalik pada tajuk, hari ini aku akan senaraikan 10 movie terbaik 2017, yang aku tonton dan pada pandangan aku.

10 Movie Terbaik 2017

10. Dunkirk – Bagi peminat filem perang ini memang filem buat korang. Filem ni memang terbaik, mengisahkan bagaimana sepasukan tentera Perancis, Belgium, Kanada dan Inggeris melepaskan diri dari kepungan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Dunkirk

9. Kong Skull Island – Filem Kong ni boleh kata dah banyak dah rasanya. Dalam filem ini para pengkaji menmui sesuatu yang menari di Skull Island, jadi mereka ingin menerokai nya. Kong yang merupakan pelindung Skull Island cuba melindungi pulaunya dari dicerobohi. Filem ini agak menarik kerana banyak aksi-aksi yang agak memeranjatkan. Nanti repeat tengok lagi.

Kong
Kong

8. Spiderman Homecoming – Kalau dalam banyak-banyak pelakon Spiderman, Tobey adalah yang terbaik. Dan rasanya setiap pelakon Spiderman ada kekuatan yang tersendiri. Begitu juga dengan Tom Holland.

Tom nampak sesuai sebagai watak Peter Parker sebab watak student tu sesuai dengan tubuh kecil Tom. Tapi rasanya Tom dalam Civil War lebih best dari dalam Homecoming.

Dalam movie ini, mengisahkan bagaimana Tom yang bersemangat untuk membenteras jenayah di kejiranannya. Secara tidak sengaja dia telah membongkar aktiviti Andrian Toomes/Vulture yang membuat dan berniaga senjata hasil dari alien yang menyerang bumi dalam Avenger. Dan yang lagi konfliks bila Vulture adalah bapa kepada awek yang Peter sukai.

Yang gempak dalam movie ni sebab suit Spiderman adalah ciptaan Tony Stark. Tapi itu juga kelemahan dalam movie ni sebab tiada Spider sense dalam movie ni.

Spiderman Homecoming
Spiderman Homecoming

7. Get Out – Filem ni berkisarkan kisah percintaan jarak jauh antara Chris, lelaki kulit hitam dan Rose, perempuan berkulit pulit. Chris mengembara jauh untuk menemui Rose. Mulai dia sangkakan keluarga Rose mulanya hanya curiga dengan Chris. Ia menyangka ianya sesuatu yang biasa saja. Satu demi satu persoalan dirungkai… Boleh tahan meremang bulu cerita ni.

Get Out
Get Out

6. Baby Driver – Filem tentang seorang pemandu bernama Baby. Baby yang tak berapa nak baby, tapi  ‘baby face’ lah. Hahaha… Dia bukan pelumba tapi seorang pemandu yang cekap bagi sekumpulan perompak. Yang best nya, walaupun telinga asyik dengar lagu je tetap dapat ulang semua ayat yang ketua mereka ucap, hanya dengan membaca gerak mulut. Pergh… Kalau aku camni confirm 4 flat masa degree dulu. Apapun, yang belum layan, sila layan movie ni.

5. F8 (Fate of The Furious) – Filem pertama Fast and Furious tanpa Paul Walker. Filem ini mengisahkan bagaimana Dom terpaksa belot pada crew demi menyelamatkan anak nya. Yang menariknya, walaupun dikawal sepenuhnya bagaimana Dom dapat merancang untuk membalas dendam. Dalam movie ni watak the Rock dan Jason lebih menonjol.

Fast 8
Fast 8

4. American Made – Filem lakonan Tom Cruise ni agak menarik, filem yang mengisahkan bagaimana seorang pilot menjadi seoran drug runner kepada CIA. Filem ini adalah berdasarkan kejadian sebenar sekitar 1980-an.

American Made
American Made

3. Dangal – Rasanya filem Amir Khan memang movie wajib tonton aku setiap tahun. Yup, lakonan Amir Khan memang bagi aku amat mengujakan. Dan lagi penting adalah mesej yang ingin disampaikan dalam setiap filem nya.

Dangal
Dangal

2. Jumanji – Malas dah nak tulis panjang sila baca sini.

1. Logan – Filem terakhir lakonan Hugh Jackman bagi siri X-Men ini memang amat menarik. Tambahan pula Hugh sanggup memotong bayaran nya untuk menjadikan filem ini lebih realistic. Memang aksi dalam filem ini menarik walaupun Logan dalam ni adalah versi yang dah tua dan tak bermaya. Filem ni memang penuh emosi beb. Layan…

Logan
Logan
Apa Lagi Movie Terbaik 2017

Apa yang aku senarai kat sini adalah antara movie yang terbaik pada pandangan aku, sebenarnya banyak lagi movie yang best dan berbalaoi untuk ditonton. Dibawah ni aku just senaraikan Movie Terbaik 2017 ikut negara pada pandangan aku yang perlu korang tonton sama:

  • Malaysia – Abang Long Fadil 2, Tombirou, Bisik Pada Langit, Jibam
  • Indonesia – Pengabdi Setan dan Syurga Yang Tak Dirindukan
  • Thailand – Bad Genius
  • Hollywood – Thor Ragnarok, Justice League (kalau korang minat), Lady Bird, Lucky Logan, Baywatch, It, Wonder Women, War of The Planet Apes, Coco, John Wick 2, Alien Convenant, Oakja, GOTG2, banyak lagi.
  • Korea – The Outlaw, Fabricated City

 

Dom Is Back. Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, Fast And Furious 8
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Isnin lalu, saya bersama isteri pergi menonton Elysium
(Visited 16 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge