Cabaran Baru 2018, Selamat Tinggal Masa Lalu, Selamat Tinggal Kedukaan

Sudah hampir 3 minggu kita berada di tahun 2018, satu lagi angka umur aku bertambah, begitu jua umur keluarga. Semakin aku meningkat usia semakin bertambah tanggungjawab, harap usia akan mematangkan aku selepas ini.

Cabaran Baru 2018
Cabaran Baru 2018

2017 Tahun Kejatuhan Tahun Pelajaran Hidup

2017 tahun yang penuh peristiwa bagi aku. Aku jangkakan tahun 2017 adalah tahun aku menempa kejayaan terus maju kedepan. Aku andaikan usaha yang aku mulakan pada tahun 2016, akan bercambah bunga hasil yang banyak pada 2017.

Tapi aku hanya mampu merancang. Ternyata Rencana dari Nya adalah yang terbaik.

Rupanya yang aku sangkakan cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Ternyata suku pertama 2017 aku menerima khabar duka yang menyebabkan aku demoralized. Aku dapat surat termination lesen aku.

Aku cuba bangkit dengan membuat rayuan, tapi rayuan yang memakan masa dan permintaan yang melampau menyebabkan aku decide untuk STOP.

Suku kedua 2017, satu lagi masalah menimpa, perniagaan jalanan aku alami kejatuhan jualan. Hampir 70% dari jumlah jualan harian aku susut.

Bayar gaji staff pun aku korek tabung. Semakin lama semakin parah. Aku terpaksa decide untuk TUTUP kedai. Dari biarkan ia lebih parah, suku terakhir aku terpaksa tutup kedai jua.

Hampir 5 bulan cuba survived tapi tetap gagal jua. Aku GIVE UP. Totally Give Up.

Ada Sinar Dalam Kedukaan

2017 memang banyak duka yang aku terima dan hadapi, baik secara online atau offline.

Tapi aku jumpa sinar. Sinar Bahagia.

Sometime We Have To Lose To Win
Sometime We Have To Lose To Win

Ternyata benar Perancangan Nya Lebih Baik. Akan ada hikmah dari setiap yang terjadi.

Dalam aku sibuk mengejar duit rupanya aku semakin jauh tinggalkan keluarga aku. Aku sisihkan anak isteri aku.

Saat aku Give Up, aku putus untuk lupakan segala ambisi aku. Aku dapat kembali keluarga aku.

Ya, aku dapat kembali keluarga aku.

Lebih banyak masa aku habirkan dengan anak isteri aku. Masa hari minggu aku hanya untuk mereka. Ternyata hidup aku lebih gembira. Lebih tenang lebih bahagia.

Cabaran Baru 2018

Tahun 2018, anak sulung aku, Haiqal masuk ke sekolah rendah, masuk darjah satu. 

Awal-awal tahun dah aku apply cuti 14 hari. Bising boss aku. Hahahah…

Benar orang kata anak nak sekolah mak bapak yang risau lebih. Anak riang nak ke sekolah, apak cuak kat luar kelas. 

Curi Masa Untuk Bersarapan Dengan Anak Tersayang
Curi Masa Untuk Bersarapan Dengan Anak Tersayang

Bukan tak percaya pada cikgu, bukan tak percaya pada sekolah, bukan tak percaya pada anak, tapi tak yakin pada diri sendiri.

Selama ini tengok dalam tv dalam akhbar aku gelak saja. Bila anak dah masuk darjah satu baru aku merasa. Baru rasa kecuakannya.

Setakat ini aku memang usaha cikgu cikgu sekolah anak aku. Waktu pagi sekuriti sekolah buka pintu van dan jemput anak anak masuk. Cikgu pun ada dipintu pagar untuk bersalam dengan murid secara giliran aku rasa. Masa rehat pun cikgu ajar murid cara nak beli makanan.

Terima kasih cikgu.

Pelajaran Hidup Aku
Usah hidup berpaksikan duit, kau akan sesat,
tapi hiduplah berpaksikan agama dan ilmu, insyallah ada kejayaan yang mendatang.

 Lupakan yang lalu, hidup mesti terus.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Melihat dari sudut pandang yang berbeza adalah amat
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah
(Visited 18 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.