Model Terbaru G-Shock Rangemen Didatangkan Dengan Navigasi GPS

Satu model baru G-Shock Rangemen telah diumumkan pada satu Majlis Ulangtahun ke-35 tahun G-Shock di New York baru-baru ini.

Model G-Shock Rangemen Merecik
Model G-Shock Rangemen Merecik

Dua model telah diumumkan iaitu GPR-B1000-1 (hitam) and GPR-B1000-1B (khaki), kalau dibandingkan dua model ini memang jauh lari dari model asal G-Shock Rangement GW-9400 iaitu salah satu model dalam kelas Master G yang popular.

Model baru ini adalah dijana kuasa tenaga solar (bateri yang di cas semula menggunakan solar) dengan fungsi Sensor Triple (alti / barometer, kompas, termometer), fungsi GPS Navigator dengan paparan peta serta sambungan Bluetooth. Jam ini dilengkapkan dengan paparan LCD suhu rendah (-20 ° C), sapphire crystal, jalur serat karbon untuk mempertingkatkan ketahanannya. Ia juga lengkap dengan water resistant hingga 200m dan tahan lumpur serta habuk.

Dua Warna Pilihan
Dua Warna Pilihan

Dalam model sebelum ini, GPW-2000 (Gravitymaster) telah dilengkapkan dengna log penjejakan GPS (massion stamp), tapi GPR-B1000 adalah model pertama yang lengkap dengan sistem Navigasi. Jam ini mempunyai fungsi untuk memaparkan lokasi semasa dan laluan mengiku masa sebenar. Data penjejakan boleh disimpan secara automatik pada jarak dan data seperti masa / tarikh, longitud / latitud, ketinggian, tekanan atmosfera dan suhu juga boleh dirakamkan.

Setiap data juga boleh dibaca semula dengan menggunakan fungsi BackTrack. Semua data ini boleh dibaca secara 2D dan 3D menggunakan sambungan bluetooth ke smartphone anda.

Speksifikasi Model Terbaru G-Shock Rangemen GPR-B1000:

Shock-resistant, 200-meter water-resistant, low-temperature resistance (-20℃ / -4℉), mud-resistant
GPS Signal Frequency: 1575.42 MHz
GPS Signal Reception: Time-calibration (auto, manual); acquisition of position information (manual)
Bluetooth: Low Energy, up to 2-meter range
GPS Navigation: Activity logs (up to 20 logs), track display (wide area map/magnified map switching), start-to-destination direct distance, bearing to destination, destination setting from Point Memory recordings, backtrack, activity time measurement, log use status
Point Memory: 60 sets of point data (time/date, longitude/latitude, altitude, atmospheric pressure, and temperature), point icons
Digital Compass: 16 points; measuring range: 0° to 359°; measuring unit: 1°
Barometer: 260 hPa to 1,100 hPa (7.65 inHg to 32.45 inHg); measuring unit: 1 hPa (0.05 inHg); atmospheric pressure tendency graph (past 48 hours); atmospheric pressure tendency alarm
Altimeter: -700 m to 10,000 m (-2,300 ft. to 32,800 ft.); measuring unit: 1 m (5 ft.); relative altitude readings (-3,000 m to 3,000 m); altitude tendency graph
Thermometer: -10℃ to 60℃ (14℉ to 140℉); measuring unit: 0.1℃ (0.2℉)
Stopwatch (1-second up to 999:59’59 with split)
Countdown Timer (up to 24 hours)
4 Daily Alarms with Snooze Alarm
Size: 60.3 × 57.7 × 20.2 mm
Weight: ~142 grams

Video Promosi Model Terbaru G-Shock Rangemen GPR-B1000

Dengar kata harga pengenalan dalah USD800 ( anggaran RM3188) belum masuk cukai dan lain-lain lagi tu.

Tengok design pun dah merecik. Letak kat tangan sangat la wow… Tapi harga mau pengsan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Ninetology telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Ninetology
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Setiap orang ada hobi yang tersendiri, ada minat
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
(Visited 22 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge