Berhibur di I-City Shah Alam… Tempat Yang Menarik Untuk Dikunjungi Tapi Kebanjiran Warga Asing Agak Spoiledkan Mood

Perancangan asal adalah ingin bercuti bersama keluarga ke Melaka, tapi terpaksa aku batalkan kerana anak aku yang bongsu masih tidak sihat.

Sebenarnya sudah lama merancang untuk berkunjung ke I-City Shah Alam sebenarnya, dah janji dengan anak anak untuk bawa mereka berhibur di I-City Shah Alam.

Last aku pergi ke sana adalah 5-6 tahun yang lepas, masa tu hanya ada pokok lampu bercahaya sahaja, bangunan pun masih banyak yang tiada, permainan fun fair pun masih kurang. Masa aku pergi dulu parking pun di tanah kosong je, batu kelikir je, tiada premix atau tar lagi masa tu.

Anak Suka Sangat Berhibur Di I-City

Anak aku memang suka tempat macam I-City ni, Ya lah kalau ke Mall pun semua benda ingin dicubanya apatah lagi bila semua benda tu ada di I-City.

Ferris Wheel kan ni?
Ferris Wheel kan ni?

Sakan diorang bermain. Apa-apa sajalah adik abang. Asal adik abang gembira papa mama pun gembira.

Banyak permainan yang mereka main, jenuh aku pun nak melayan. Hahaha. Tapi mama dia yang banyak layan. Aku cam biasa malas.

Tapi aku bukan nak cerita pasal anak aku berhibur sangat tapi lebih pada teguran dari kaca mata aku.

Berhibur Di I-City Shah Alam – Banyak Sudah Berubah Tapi Masih Terlalu Banyak Perlu Diubah. Ini Teguran Aku.

Aku sangkakan cuti panjang ramai yang ambil peluang untuk pulang ke kampung, tapi aku hampa bila sampai ke I-City Shah Alam, manusia cukup ramai pada masa tu, kira-kira jam 8.30 malam.

i. Parking

Belum lagi masuk ke parking, dah bersusun kereta nak memasuki I-City. Aku kira ada dalam 30 ke 40 buah biji kereta masuk pada masa tu. Trafik kontrol oleh security adalah amat lemah.

Agak menyedihkan apabila kawasan parking agak jauh dari tempat permainan di I-City, atau aku yang tak tahu parking kawasan tu. Aku kira aku kena menapak lebih kurang 200-300 meter ke kawasan tapak permainan.

Lebih mengecewakan kawasan parking bertingkat yang menjadi tumpuan awam hanya sediakan 2 lif penumpang, dan satu lif barang digunakan oleh pihak hotel. 2 lif ini berada di wing yang berasingan dan lif adalah terus dari tingkat B4 (atau B5) hingga tingkat 17 (itu yang aku ingat mungkin lebih).

Bagi aku lif yang ada adalah tidak efisien langsung. Sekurangnya pihak pengurusan sepatutnya asingkan lif parking dan lif bangunan, bukan nya lum sump. Kalau nak sekali pun tambahkan lah bilangan lif.

Reka bentuk parking pun bagi aku langsung tak mesra OKU.

Yang tambah menyedihkan mesin Auto Pay yang amat limited. Kau bayangkan kau perlu beratur hampir 30minit untuk bayar tiket parking. Kalau kau masuk dalam dua jam yang sepatutnya parking dalam RM6, kau perlu bayar RM9 sebab beratur nak bayar pun 30 minit.

Yang aku jumpa hanya dua mesin Auto Pay, satu dekat lobi hotel satu dekat entrance. Sedangkan masa aku exit aku tak jumpa pun entrance yang aku masuk. Hurmm…

Dalam yang beratur dengan aku tu ada yang mengeluh cakap ‘Baik buat macam dulu bayar pakai per entry’

ii – Peralatan Yang Bagai Tidak Diselenggara Dan Tiada SOP

Secara dasar aku tak tahu macamana SOP peyelenggaraan diorang, adakah semua peralatan yang digunakan mempunyai permit atau kelulusan yang sepatutnya. Apa yang aku tulis berdasarkan pemerhatian aku.

Pada malam tu, aku sempat naik ‘Ferris Wheel’, betul ke nama nya ni. Aku pun tak tahu.

Memang nak naik benda ni beratur amat panjang. Aku kira ada dekat 50 orang. Masa aku beratur nak naik ni, tiada seorang pun staff di tempat ni terangkan tentang langkah keselamatan, atau ada singboard keselamatan yang perlu dipatuhi.

Pusingan roda ini tidak berhenti, berpusing secara Non-Stop. Nak naik kau perlu cepat cepat lompat naik dan sama juga untuk turun dengan pemukaan platform yang melengkung. Kalau tak berhati-hati kau boleh tergelincir/terjatuh.

Mungkin ini biasa di mana-mana fun fair, aku tak tahu sebab aku tak pernah main benda ni.

Dan pada malam itu dengarnya ada budak terjatuh semasa bermain salah satu permainan kat situ. Pemainan ala-ala kereta Drift. Aku pun tak tahu nama.

iii- Kebanjiran Warga Asing 

Pada malam itu agak ramai warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Filipina dan Thailand. Bukan aku nak pertikaikan hak mereka untuk berhibur bersama kawan kawan. Itu hak dia.

Tapi sekurangnya hormat sikit budaya orang Malaysia.

Aku kurang senang apabila melihat ada ramai warga asing ni sesuka hati minum arak dikhalayak ramai secara beramai-ramai. Siap ada yang main terup lagi.

Kau bayangkan budak-budak yang tengah bermain itu melihat apa yang diorang minum? Dengan bau arak yang busuk. Dah lah kawasan diorang duduk tu terbuka dan dekat dengan budak budak.

Lagi menyedihkan bila tengok ada Pondok Polis Bantuan tapi kosong. Mungkin sudah tidak beroperasi. Yang ada security yang juga warga asing. Hurmm.

Balai Polis Bantuan yang Kosong
Balai Polis Bantuan yang Kosong

Harapnya pihak I-City dapat tingkatkan lagi segala lopang lopang yang perlu diperbiki. Bagi aku I-City antara port best untuk berhibur bersama keluarga. a

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk
(Visited 45 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.