Keputusan Penuh AJL 32 (Anugerah Juara Lagu ke 32)… Jampi Menang Tapi Amboi Paling Memukau

Anugerah Juara Lagu ke 32 telah berlangsung semalam. Bagi AJL adalah antara angerah yang aku suka tengok sejak dari dulu lagi. Ya lah aku pun dah tua bai. Anak anak tahun 80-an, TV3 dan RTM je yang kami ada.

Keputusan AJL32
Keputusan AJL 32

Bukan cam sekarang semua channel ado. Macam-macam ado.

Dalam AJL ni yang aku suka biasa opening dan penutup dia. Opening bagi aku totally out, aku tak faham kenapa Stacy opening. Kalau bagi otai legend mesti lagi gempak.

Petikan AG Coco dengan Edrie Hashim aku ingatkan rockers yang keluar sekali keluar Bo…Bo…Bosan… dari Stacy. Damn.

Bukan nak condemn Stacy, dia berbakat. Tapi rasanya kalau otai punya persembahan mungkin lagi padu. Mungkin juga sebab konsep TV3 panggil Stacy.

Penutup pun kira ok lah, masuk zaman Pop Yeh Yeh. Tengok gaya macho A. Rahman Hassan memang sempoi abes beb. Masuk Awie nyanyi pop yeh yeh buat aku tergelak. Then Siti Sarah dan Jefridin.

Nak cakap banyak aku malas nak komen banyak bukan dapat apa pun.

Jampi Berjaya Menjampi
Jampi Berjaya Menjampi

Berikut keputusan AJL 32

  • Juara: Jampi – Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong) Hadiah: Wang tunai berjumlah RM50,000, baucer CJ Wow Shop bernilai RM10,000 dan trofi
  • Naib Juara: Sejati – Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir & Mike Chan) Hadiah: Wang tunai berjumlah RM35,000, baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi
  • Tempat Ketiga: Tergantung Sepi – Haqiem Rusli (Gouffran & Ibnu) Hadiah: Wang tunai berjumlah RM20,000, baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi

Keputusan lain:

  • Vokal Terbaik: Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri. Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000, baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi
  • Persembahan Terbaik: Amboi – Altimet. Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000, telefon pintar Samsung A8, baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi
  • Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Bayang – Khai Bahar Hadiah: Telefon pintar Samsung A8 dan trofi

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas beberapa tahun berbakti pada diri aku, kira-kira
Semalam saja Up satu status di Facebook pasal bengang dengan Plan Celcom First, yup berkenaan
Stress? Semua orang ada stress. Masalah? Semua orang ada masalah. Marah? Semua orang ada perasaan
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah
(Visited 12 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge