Menonton Black Panther Bersama Keluarga… Black Panther Best.

Hujung minggu lepas penuhi permintaan anak sulung aku yang nak tengok sangat Black Panther, puas aku pujuk tengok makluk hijau cacat pelik cam puaka niyang rapik Badang. Siap aku promo ni filem terbaik dalam sejarah filem Malaysia, anak aku tetap tak percaya.

Sori brader, anak aku yang umur 7 tahun pun tahu kualiti filem. Movie Abang Long Fadil 2, Boboiboy dan Upin Ipin Jeng Jeng… mau je dia tengok tapi tidak filem Bongok Badang.

Movie Black Panther Best… Movie Terbaik Marvel?

Mulanya agak kurang semangat nak menonton filem Black Panther bila ramai review cakap filem ni membosankan. Tapi aku dah tonton cakap sebaliknya.

Black Panther Best
Black Panther Best

Negara Wakanda terbentuk dari penyatuan 5 puak di benua Afrika selepas penemuan Vibranium yang terhempas dalam kawasan mereka. Dalam 5 puak ini, puak Jibari telah mengambil langkah berkecuali.

Negara Wakanda telah membangun pesat dalam berselindung dari dunia luar menggunakan Vibranium. Wakanda mengambil langkah berkecuali untuk melindungi rakyat mereka dan penyalahgunaan Vibranium.

Pada tahun 1992, T’Chaka telah membunuh N’Jobu untuk menyelamatkan Zuri. N’Jobu adalah adik kepada T’Chaka yang dilantik sebagai perisik di US. Kematian N’Jobu telah menyebabkan Erik Killmonger berdendam dan ingin merampas taktha Wakanda.

Movie ni berkisar tentang perlantikan T’Challa sebagai raja baru Wakanda selepas kematian bapanya T’Chaka (dalam movie Civil War). Dalam ritual perlantikan raja Wakanda, puak-puak dalam Wakanda boleh mencabar perlantikan dalam bentuk beradu tenaga.

M’Baku dari puak Jabari telah bertindak mencabar T’Challa tapi berjaya ditewaskan oleh T’Challa. Cam biasa hero kalah dulu.

Selepas pertabalan T’Challa sebagai raja Wakanda. Pihak Wakanda telah mendapat tahu Klaue akan melakukan urusniaga menjual kepala kapak Vibranium yang telah dicuri nya di Korea. Black Panther merangka untuk menangkap Klaue yang telah mencuri Vibranium Wakanda dan pernah mengebom sempadan Wakanda.

Black Panther gagal dalam misi kali ini.

Erik Killmonger telah muncul wira dihati Wakanda apabila berjaya membawa mayat Klaue ke Wakanda.

Killmonger telah bertindak mencabar T’Challa sebagai raja. Dan dalam cabaran ini T’Challa telah kalah dan dibunuh.

Dengan bantuak Shuri, Okaye, M’baku, Ejen K.Ross dan Nakia dapatkah Black Panther yang telah hidup dalam buangan untuk merampas kembali taktha Wakanda.

Abang yang suka sangat dengan superheroes
Abang yang suka sangat dengan superheroes
Abang Adik excited lepas tonton Black Panther Best
Abang Adik excited lepas tonton Black Panther Best

Kalau selama ini tengok teknologi Iron Man rasa sangat teruja. Jom saksikan bagaimana hebatnya Teknologi Black Panther.

Overall, movie ni memang best. Sangat menghiburkan.

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 9 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge