Generasi Baru Kurang Meminati Seni Bela Diri

Seni Bela Diri kalau baca pun perkataan pertama adalah Seni diikuti dengan Bela dan Diri. Maksud di sini ia bukan bertumbuk atau jadi samseng. Ia adalah seni untuk kita bela diri dalam keadaan terancang.

Ya, sekarang ini makin banyak gelanggang pertandingan seni bela diri di buka. Tapi itu bukan tujuan utama belajar seni bela diri. Dah tua macam aku nak naik stage melawan, memang TIDAK lah kan. Hahahaha…

Generasi Baru Kurang Meminati Seni Bela Diri
Generasi Baru Kurang Meminati Seni Bela Diri

Aku boleh dikatakan antara pelajar baru yang tua di gelanggang. Ya lah, umur dah cecah 34 tahun baru nak pijak masuk belajar seni bela diri semula. Ya aku pernah belajar dulu tapi telah lama aku tinggalkan seni bela diri.

Generasi Baru Kurang Meminati Seni Bela Diri

Semasa di gelanggang, sempat bersembang dengan cikgu.

‘Dulu kita cari ilmu, sekarang ilmu cari murid. Tu pun tak ramai yang tahan. Baru main sekali dua dah stop.’

‘Baru lekat sebulan stop dua bulan.’ sambung cikgu lagi.

‘Promo bermacam promo dah buat. Lagi tak tahan, ganas ke seni bela diri ni?’

Itu antara keluhan cikgu.

Dan pernah juga saya perhatikan ada beberapa kawan yang share gelanggang mereka kosong. Yang ada pun yang lama.

Generasi muda kurang meminati seni bela diri, yang datang pun tak bertahan. Tambah seni bela diri yang kurang popular.

Bayangkan suatu hari nanti seni bela diri pupus?

Benar ramai yang cakap buat apa seni bela diri, pistol kan ada?

Mungkin generasi hari ini lebih suka sesuatu yang hipster moden dan canggih.

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 16 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.