Jangan Takut Jadi Pelik… Be Different.

Dari dulu memang aku suka kan ‘martial art’, boleh kata dari kecil dari umur aku 7 tahun. Semua bermula dari movie, bila tengok movie Rombo, Snake In Eagle Shadow, Keris Hitam Bersepuh Emas, Satria Baja Hitam dan lain lain.

Aku cakap pada diri aku pada masa itu ‘Aku perlu pandai berlawan untuk lindung orang yang aku sayang’.

Aku juga kagum dengan senjata. Walaupun aku tak collect senjata tapi aku minat senjata, terutama kerambit.

Tapi apa kan daya keadaan ekonomi keluarga aku tak mengizinkan. Bukan ingin mengeluh nasib tapi aku syukur kerana semua itu mengajar aku.

Mula Belajar Seni Bela Diri

Aku mula belajar seni bela diri pada umur aku 16 tahun. Aku join Silat Gayung Pusaka Malaysia di sekolah. Tapi masa ni pun aku tak beli baju silat pun sebab tak mampu. Di sekolah aku sempat belajar setahun lebih je then stop untuk SPM.

Masuk universiti aku mula belajar Silat Gayong Malaysia pada tahun 3, tahun 1 & 2 aku join Kelab Khidmat Masyarakat. Hahaha.

Masa ni aku join Silat Gayong Malaysia pun ikut kawan. Sebab takut kena kutuk pelik. Semamang nya banyak dalam hidup aku zaman belajar aku ikut kawan. Takut buat keputusan sendiri. Takut jadi pelik.

Jangan Takut Jadi Pelik

Pada awal aku mula kerja memang aku masih lagi tak berani buat keputusan sendiri. Masih takut jadi pelik. Hahahah.

Alhamdulillah… Allah swt tunjukkan aku jalan. Aku mula berani lawan arus. Berani ubah diri aku.

Aku mula tak heran dengan orang cakap ‘Macam budak budak kumpul mainan’, ‘Wah dah sado lah’, ‘Ni orang kuat angkat besi’ dan lain lain.

My mission is to persue my childhood’s mission.

Ada aku kisah apa orang nak cakap.

Sekarang ni, pada umur 34 tahun aku baru mula nak belajar Muay Thai. Dah tua baru nak belajar.

Pancit beb. Habis angin je. Hari hari aku lencun. Tapi hari hari selagi ada masa aku turun training.

Bukan aku nak lawan sesiapa. Aku nak sihat dan nak belajar seni bela diri. Sekurang aku mampu lindungi keluarga aku dan diri aku. Kita tak tahu ancaman apa yang akan datang pada kita.

Jangan Takut Jadi Pelik. Sebab misi kita berbeza, impian kita berbeza.

Jangan Takut Jadi Pelik
Jangan Takut Jadi Pelik

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
Dulu aku rasakan memang sukar untuk turun berat badan. Selera makan aku pun memang lain
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 18 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge