Misi Fat To Fit; Ubah Gaya Hidup

Rasa tidak selesa dengan badan sendiri buat aku rasa nekad untuk UBAH. Ubah gaya hidup dan amalan pemakanan aku.

Ubah bukan maknanya aku diet atau stop makan. Aku jenis yang suka makan, bagi aku makan adalah satu nikmat yang perlu kau hargai. Apa yang aku buat hanya potong bab tertentu sahaja seperti kurangkan portion makanan dan potong gula dalam minuman.

Minuman dalam tin aku cuba stop. Walaupun aku adalah peminat tegar Nescafe Mocha dan Wonda Xpresso. Sedap wooo…

Misi Fat To Fit

Masa tahun 2015 aku agak aktif di gym, boleh kata rutin aku hari hari adalah di gym 1 – 2 jam sehari beb. Aku tak ada jadual yang tetap, sebab target aku nak sihat dan stamina. Yup aku dapat.

Tapi sejak berpindah pada 2016-2017 aku mula kurang aktif, gym kat sini aku tak boleh masuk dengan cara kaki gym sini. So aku nekad untuk stop gym tapi tak stop makan. Berat aku menaik badan aku mengembang.

Tahun 2018, aku nekat untuk tingkatkan stamina badan. Kembali aktif bersenam.

Kali ni aku pilih untuk lebih kepada fitness bukan lagi kepada weight training. Hasil dari sebulan aku workout di gym pada bulan Februari 2018 adalah berat badan aku naik dari 97 kg kepada 100 kg. Hahahaha…

Tapi baju lama yang kecil dan seluar aku nak selesa nak pakai. Berat naik tapi seluar melonggar.

Tak apa. Aku akan terus berusaha. Target aku adalah 85 kg dalam masa 3 bulan. Ntah boleh ke tak, aku pun tak pasti.

Apa yang aku buat hanyalah workout pada sebelah malam. Nanti aku update pasal rutin aku.

Makan memang aku tak stop hanya control je.

Motivasi Aku Untuk Misi Fat To Fit

Misi Fat to Fit
Misi Fat to Fit
  1. Aku tak nak jadi sebahagian dari statistik kat atas ni. Walaupun sekarang aku katagori ‘overweight’ sebab tinggi aku adalah 180cm dan berat 100kg.
  2. Aku tidak selesa dengan badan aku sendiri. Cepat tercungap.
  3. Nak kembali kelihatan slim melim cam zaman muda.
  4. Cergas untuk aku kejar anak aku di taman. Anak aku lincah beb, penat nak kejar mereka ni.
  5. Aku nak sihat.
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 31 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge