Turun 4kg Dalam Masa 2 Minggu Ini Yang Aku Amalkan…

Dulu aku rasakan memang sukar untuk turun berat badan. Selera makan aku pun memang lain macam beb. Pantang jumpa yang sedap aku akan sapu habis. Hahahaha…

Rancang dan Buat
Rancang dan Buat

Dulu aku aktif dalam gym, hari-hari angkat besi dumbell dan lakukan rutin. Berat badan aku berkembang dari 82kg ke 88kg. Tapi otot aku makin padat dan staminat agak ok.

Turun 4kg Dalam Masa 2 Minggu Ini Yang Aku Amalkan…

Sejak akhir bulan Januari 2018 aku kembali aktif ke gym, kali ini bukan gym besi aku pilih muay thai gym. Aku sertai keluarga Pejuang Muay Thai di Senawang, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, sepanjang sebulan aku aktif di gelanggang Muay Thai nampak perubahan dari segi stamina aku, walaupun otot tidak padat tapi stamina jauh lebih bagus dari dulu.

Dari yang nak ‘push up’ lima pun susah nak lepas sekarang boleh lah untuk ‘push up’ 20 kali secara terus. Dari langsung tak reti main skipping, sekarang boleh lah skipping 50-70 kali tanpa henti.

Berat badan aku, NAIK. Ya, selama sebulan berat badan aku nak dari 97kg naik ke 101kg dari 27 Januari 2018 hingga 27 Februari 2018.

Turun 4kg Dalam Masa 2 Minggu

Mulai bulan Mac 2018 aku nekad nak dapatkan berat badan ideal, target aku adala 85kg sebab tinggi aku adalah 180cm. 100kg sekarang ni dalam kategori obesiti beb. Hahahaha…

Ok ini yang saya lakukan dalam 2 minggu dari 27 Februari 2018 hingga 15 Mac 2018:

  • Kurangkan portion makanan – nasi ambil satu senduk saja, yang lain ratah lauk. Ulam dan sayur wajib, paling tidak timun batang ditibai. Paling aku suka bendi rebus. Ini memang merana beb.
  • Makan sarapan pagi dan makan tengahari makan berat, malam makan buah atau ringan saja. Tengahari akan ambil nasi, kalau tak lapar makan roti saja. Kalau sarapan main tibai je, janji kenyang sebab malam aku memang tak makan. Kalau makan pun buah saja, biasa ambil sebiji epal hijau. Kalau lapar juga aku ambil oat atau susu saja.
  • Stop minuman manis. Ya, yang ni aku stop habis. Sekarang pergi kedai pun aku order kopi O kosong saja. Janji rasa kopi.
  • Amalkan minum teh hijau. Boleh kata tiap hari aku minum teh hijau tanpa gula sekarang ni. Malam kalau rajin pun masa main gym aku bawa juga air teh hijau. Kalau rajin aku buat air detox – teh hijau dan lemon (almost everyday).
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Bersenam sekurangnya 1jam 30minit ke 2jam sehari. Seminggu 4 hari. Kenapa 4 hari? Sebab aku weekend husband, jadi lagi 2 hari 3 malam aku dengan family dan memang tak bersenam, bersenam kejar anak aku je. Hahahaha… Dirumah aku akan buat juga sekurangnya adalah Sit Up setiap hari.

Result dari semua ni, dari 100kg pada 27 Februari 2018 kini berat saya adalah 96kg. Alhamdulillah.

Next destination, 85 kg sebelum sebelum hari Raya.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Alhamdulillah sudah sampai kita ke separuh Ramadhan kita lalui,
Dari dulu memang aku suka kan 'martial art', boleh kata dari kecil dari umur aku
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula
(Visited 49 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.