The Founder Filem Wajib Tonton

Semalam sempat menonton filem The Founder. Filem ni memang dah lama ada dalam koleksi tapi tak sempat nak tonton. Semalam sempat tengok di Astro.

Bagi para usahawan atau yang baru nak jadi usahawan filem ini adalah wajib tonton.

Filem mengisahkan berkenaan sejarah penubuhan McDonald’s. Pada awalnya McDonald’s adalah sebuah restoren keluarga diasaskan adik beradik Mac dan Dick di sebuah pekan kecil. Ray Kroc kebetulan lalu dan singgah tertarik dengan konsep McDonald’s.

Sedang Ray asyik memerhati cara kerja di dalam McDonald’s, Mack telah mengajak Ray untuk melihat secara lebih dekat operasi McDonald’s. Peluang yang ditunggu tidak ditunggu oleh Ray.

Filem Founder
Filem Founder

Ray pada awalnya datang mengemukakan pelbagai rancangan pada Mac dan Dick tapi ditolak mentah mentah. Termasuk cadangan membuka lebih banyak cawangan dengan alasan cawangan gagal menjaga kualiti mereka menutup cawangan francais yang dibuka.

Ray seorang yang bercita-cita tinggi, tetap berkeras untuk membuka McDonald’s dengan konsep Francais. Ray telah mengambil keputusan membuka sebuah restoren di kawasan beliau. Ray mendapat persetujuan untuk memegang lesen francais tapi segala keputusan operasi dan menu tetap milik Mac and Dick.

Ray pada mulanya mengajak kawan-kawan yang kaya untuk sertainya. Tapi mereka ini hanya pentingkan keuntungan langsung tidak campur dalam operasi kedai menyebabkan konsep yang dibuka pada awalnya gagal.

Tidak putus asa, Ray mencari golongan pertengahan yang bercita-cita tinggi untuk sama berjaya bersama beliau. Dalam keghairahan membuka lebih banyak caawangan tanpa sedar Ray telah termasuk dalam masalah hutang yang serius.

Kemudian datang seorang pegawai hartanah untuk membantu Ray yang datang dengan konsep McDonald’s sebagai hartanah bukan restoren semata-mata.

Dari sebuah francais biasa, yang mengaut keuntungan melalui percent jualan setiap restoren, sehingga bertukar kepada Hartanah. Setiap restoren baru dibuka perlu menyewa dari McDonald’s. Maknanya dari bekalan barang, SOP dan hingga ke kepada kedai adalah milik McDonald’s.

Ray yang asal orang luar, merampas usaha Mac dan Dick selama 30 tahun.

Filem ini bukan filem aksi tapi lebih pada sejarah perkembangan McDonald’s tapi banyak yang boleh dipelajari dari filem ini.

Bagi yang berminat dengan filem motivasi ini adalah sesuatu filem wajib tonton.

Dari dulu memang aku suka kan 'martial art', boleh kata dari kecil dari umur aku
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
(Visited 24 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.