13 April 2018, sudah dikeluarkan di Jepun jam G-Shock edisi logam penuh berwarna Gold dan Silver. Sememangnya aku bukanlah peminat dua warna ni sebab terlalu menyerlah, aku lebih suka warna yang dull berbanding warna yang terang.

Tapi edisi kali ini aku tak nafikan memang warna Gold dan Silver ni memang menarik. Jam G-Shock model GMW-B5000D-1 datang dengan warna silver dan GMW-B5000TFG-9 dengan warna gold.
Ini adalah jam G-Shock model 5000 pertama model edisi logam penuh. Selain itu, model ini datang dengan muka belakang jenis ‘screw back’ (sama macam jam g-shock classic/vintage), Tough Solar, Multiband-6 dan Bluetooth.

Dengarnya harga untuk market jepun adalah 60,000 yen untuk GMW-B5000D-1 dan 70,000 yen untuk GMW-B5000TFG-9. Untuk pasaran US, akan direlease pada Mei 2018.

