Servis Aircond Kereta Berbaloi Di Petaling Jaya… Kos repair aircond memang menangis.

Jujur je aku mengaku memang aku buta pasal ilmu kereta, terutama bab dalam bahagian enjin. Even daily jobs aku adalah berurusan dengan maintanance dan teknikal, aku tetap buta perihal pasal mekanikal terutama kereta. Motosikal aku berani lagi godek dan tibai. Hahaha…

Kos Repair Aircond Memang Menangis

Memang sebelum ni ramai yang cakap kos repair aircond menangis, boleh dikatakan antara part yang mahal.

Hal ni aku tak boleh nafikan. Yup, memang betul dan tepat. Terutama bila dah kena. Hahaha…

Sistem Aircond Kereta
Sistem Aircond Kereta

Tapi walaupun kos repair aircond memang menangis, ianya bukan salah aircond, bukan salah kilang kereta, bukan salah pomen kereta tapi salah aku sendiri yang guna kereta tak reti jaga. Aku memang jaga bab minyak enjin, minyak gearbox, tayar dan brake. Tapi bab aircond memang out.

So, salah aku. 9 tahun aku pakai kereta tak pernah aku lakukan servis aircond secara berkala selain dari cek gas aircond dan tambah.

Salah tindakan aku rupanya.

Aircond sepatutnya dilakukan regular servis 1 tahun sekali. Sama seperti aircond dirumah jika kurang penggunaan nya. Kalau kerap 6 bulan sekali.

Buat pertama kali Sabtu lepas dalam perjalanan ke KLIA2 hantar parent aku, aircond kereta aku keluarkan bahang panas, aku terpaksa guna tingkap untuk sampai ke KLIA2 dan pulang. Merana jugalah sebab sekarang cuaca agak panas.

Servis Aircond Kereta Berbaloi Di Petaling Jaya

Untuk elak hal lebih parah nak tak nak terpaksa jugalah cari pusat servis aircond kereta. Dek sebabkan Petaling Jaya antara kawasan yang dekat dengan tempat aku tinggal maka aku carilah “SERVIS AIRCOND KERETA BERBALOI DI PETALING JAYA” di Makcik Bawang GOOGLE.

Bila Aircond kereta rosak
Bila Aircond kereta rosak

Jumpalah beberapa pilihan tapi aku cuba antara yang di rekemen tapi aku pilih untuk ke Coolman.

Tak mudah nak cari Coolman keluar saja New Pantai Expressway (NPE) dari Pantai Dalam menghala ke Sunway, nampak Brothers terus ambil kiri, nampak signboard Denso di kedai warna HIJAU.

Jumpa King nama owner dan pomen aircond. Yang aku suka pasal King ni dia akan jawab apa saja kau tanya, tak lokek ilmu.

Bila aku bagitahu masalah kereta aku terus dia buat checking, sebab tiada customer menunggu, hanya aku saja. Yang lain semua datang dan tinggal kereta.

Kereta di togelkan untuk inspection
Kereta di togelkan untuk inspection

Lepas check dia kata dia kena buka compressor untuk check. Biasa pully compressor saja rosak. Kalau head compressor ok tukar pully saja. Kalau tak tukar compressor. Seram beb dengar saja compressor, mau RM1k ++.

Sebelum ni dikedai lain mereka ada cakap suruh tukar compressor saja.

Pully Yang Rosak
Pully Yang Rosak
Filter baru dan aku punya
Filter baru dan aku punya
Pully baru
Pully baru – Local set je… Ori Denso lagi mahal
Kasi cuci satu kali
Kasi cuci satu kali

Alhamdulillah sekarang aircond kereta aku dah sejuk dah. Lepas ni setahun sekali lah aku bawa kereta aku pergi cek dan maintenance, harga untuk regular maintenance dalam Rm180 kalau tak silap.

Kalau yang nak mencari boleh ke:

Coolman Auto Aicond Service
Lot 4, Jalan PJS 1/2a, Taman Petaling Utama,
46000 Petaling Jaya, Selangor
No HP: 012-2043219

9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 27 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge