Bersenam Di Bulan Puasa Mencergaskan Diri Dan Mudah Untuk Kurus

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan lemah sebab seharian menahan diri dari makan minum, bila bersenam badan berpeluh dan dahaga kan? Betul tak?

Bersenam di bulan Puasa?
Bersenam di bulan Puasa?

Tapi bila ingat zaman kita kanak-kanak dulu, bulan puasa ke tak selamba je kita duk berlari di tengah padang baik main bola sepak mahupun bola selipar. Bola selipar tu saya lah. Budak kampung tu lah mainan saya.

Kalau zaman kanak-kanak dulu kita boleh lakukan, sekarang pun kita boleh lakukan. Kalau dulu nak berlari dua jam kat padang selamba je, mungkin sekarang ini cukuplah buat 30 minit saja.

Bersenam Di Bulan Puasa

Saya tahu ramai yang akan cakap, bila masa nak bersenam, balik kerja pukul 5 petang nak pergi bazar ramadan beli lauk la nak masak la. Malam pula nak kejar pergi terawikh. Jadi bila nak bersenam?

Kalau tanya saya senang je, cuba curi masa. Cuba wujudkan masa dalam 30 minit untuk bersenam.

Kami cari kawan bukan lawan
Kami cari kawan bukan lawan

Kalau saya ini yang saya buat:

  • Ke gym selepas solat Terawikh. Biasa dalam 1 jam hingga 1 jam 30 minit di gym.
  • 30 minit sebelum berbuka saya akan lakukan senaman ringan. Di rumah saya ada dumbell dan kettlebell so saya gunakan ia. Kalau tak pun boleh buat senaman tanpa alat.
  • Jogging? Saya akui saya malas nak ke trek jogging bulan puasa ni. Hahaha…

Untuk bulan puasa saya buat tak lah heavy cam bulan biasa. Kalau bulan biasa sampai buat 2 jam bulan puasa kurangkan 30 minit.

Tiada alasan untuk bersenam. Asal mahu semua boleh.

Nak kurus bulan puasa peluang terbaik. Rebut peluang ya.

Dulu aku rasakan memang sukar untuk turun berat badan. Selera makan aku pun memang lain
Dari dulu memang aku suka kan 'martial art', boleh kata dari kecil dari umur aku
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula
(Visited 16 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Bersenam Di Bulan Puasa Mencergaskan Diri Dan Mudah Untuk Kurus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge