Deadpool 2 Lucu dan Menghiburkan.

Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk sambungan Deadpool 2 ni.

Seperti yang dah ramai tahu, Filem Deadpool adalah antara filem R-rate yang pertama mendapat kutipan yang tertinggi. Dalam filem kedua ini pun R-rate masih dikekalkan.

Wording mecarut masih bersepah dalam filem ni. Jadi patuhi arahan pihak berkuasa jangan nak bawa anak.

Filem sekuel kali ni bagi aku agak menghiburkan. Jangan banding dengan siri Marvel yang lain. Filem Deadpool adalah berbeza.

Dalam filem ini masih mengekalkan watak tambahan lama iaitu Collosus, Negasoni Teenage Warhead, Blind AL, Weasel dan Dopinder. Watak baru adalah Cable, ‭Dimino, Firefist dan Yukio.

Sinopsis Deadpool 2

Deadpool mula menjadi pembunuh upahan, serata dunia dia ambil job. Tapi salah seorang yang diburu gagal dibunuh dan telah menyerang semula apartment Wade. Dan telah menyebabkan Ness, girlfriend Wade meninggal dunia.

Akibat kecewa, Deadpool nekad untuk membunuh diri tapi gagal. Badan dah berkecai tapi tak mati. Hahaha… Collosus telah datang mengambil Deadpool ke X-mansion.

Semasa di X-mansion, Collosus dan Negasonic telah mendapat misi untuk mententeramkan seorang budak comel, Russel aka Firefist. Deadpool telah turut sama dalam misi ini. Dalam misi ini Deadpool hampir berjaya memujuk Russel dan hampir membunuh pengetua sekolah anak Yatim tempat Russel tinggal.

Deadpool dan Russel telah di tangkap dan dipenjarakan dalam penjara Mutant. Dalam penjara ini dapat lihat watak Black Tom.

Cable yang kematian Isteri dan Anaknya telah datang dari masa depan untuk memburu pembunuh kelurganya, Russel.

Deadpool pula yang mula insaf telah nekad untuk lindungi Russel. Dapatkah Deadpool lindung Russel dari Cable?

Deadpool 2 Troll DC

Dalam filem Deadpool 2 ini ada banyak troll yang dituju pada DC. Banyak skripnya yang dituju pada DC antaranya Martha, Why you so dark?, dan pembunuhan Ryan Reynold.

Secara keseluruhan filem ini amat menghiburkan. Jalan cerita pun straight je. Tak perlu nak berfikir seperti Infinity War.

Dari segi aksi aku rasa filem Deadpool lebih banyak aksi. Filem ni pun ada je aksinya.

Dari segi CGI aku rasa masih ada kelemahan CGI nya. Not the best.

Lucu memang lucu. Dan banyak lawak double meaning seperti filem yang lepas.

Apapun Deadpool 2 adalah filem yang melucukan boleh buat hilang stress di ofis tu.

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 31 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge