Malaysia Baru Politik Matang Dan Sejahtera

9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan Nasional tumbang kepada parti baru Parti Pakatan Harapan. Satu gelombang yang mengejutkan semua pihak bukan saja rakyat Malaysia tapi juga dunia.

Tun M (Sumber: thevocket.com)
Tun M (Sumber: thevocket.com)

Satu parti yang gah selama 60 tahun memerintah Malaysia tumbang selepas Pilahanraya Umum ke 14.

Malaysia Baru

Kebangkitan rakyat bukan kerana bencikan parti tapi dek kerana ingin tumbangkan pemerintahan yang zalim. Kalau ramai masih ingat pelbagai luahan rakyat ditepis oleh sindiran sinis oleh para menteri yang kononnya pemimpin rakyat. Antara kata-kata yang tak mungkin kita lupa:

  • Kalau tak suka sila keluar dari Malaysia
  • Tak mahu bayar tol sila keluar awal atau guna jalan tiada tol
  • Makan masak kita masak di asrama Universiti

Kata-kata di atas mungkin kita sambut dengan gelak tawa tapi jauh dalam hati memang terguris dengan kata-kata sinis pemimpin.

Barisan Kabinet Malaysia Baru
Barisan Kabinet Malaysia Baru

Kalau dilihat dari latar belakang bagi saya tokoh tokoh yang baru dilantik kelihatan lebih berkaliber dan berilmu. Dan harapnya merekajuga bukan jenis yang lebih jaga bontot sendiri ataupun kaki ampu ‘Yes Boss’.

Dan Pujian juga buat Pakatan Harapan bawah Tun M yang telah melaksanakan beberapa Manofesto mereka. Tahniah.

Malaysia Baru, Kita Pun Mesti Baru.

Dengan adanya pemerintahan baru ini diharap Malaysia lebih maju lagi selepas ini. Aku sebagai anak yang lahir tahun 80-an, ingin sekali ingin melihat Wawasan 2020 tercapai. Yup mungkin seperti yang aku bayangkan kereta mampu terbang di angkasa. Hahaha…

Malaysia Baru tidak bermakna sekiranya orang kita masih di takuk lama. Baik dari segi ekonomi, pendidikan dan juga kajian. Dengan Malaysia baru, harapnya orang kita juga sedia ubah mentaliti dan atitud untuk lebih maju lagi.

Bagi saya siapa pun pemimpin siapa pun memerintah, ‘Saya ada mulut yang perlu saya suapkan, masih ada keluarga yang perlu saya pimpin.’

Saya doakan Tun M dan barisan kabinetnya mampu memimpin Malaysia. Dan tolong doakan juga agar saya mampu pimpin keluarga saya dunia dan akhirat.

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
(Visited 37 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.