Bila Tiada Lagi Rasa Hormat?

Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia ini bukan milik aku lagi. Mungkin zaman aku dulu dan sekarang jauh beza. Anak remaja hari ini, aku yang besar gajah pun nak dilanggarnya. Hahaha…

Rasa Hormat

Bukan nak kata semua remaja hari ini biadap, cuma segelintir. Mungkin zaman ini terlalu millenium, budaya baru mudah diserap dalam budaya kita. Tapi persoalannya kenapa yang negetif di ambil?

Kes 1: Instafamous…

Bila aku melihat satu video seorang remaja menyalahkan guru dan sekolah sebagai punca dia mendapat 7G2E dalam peperiksaan. Senangnya. Gagal exam salah cikgu yang mengajar bukan salah diri sendiri yang tidak mahu belajar.

Buat aku lagi tak tahan bila ada kenyataan balas yang menyatakan beliau berpendapatan RM12,000.00 sebulan. Wow. Hebat. Gaji yang belum tentu cikgu beliau perolehi.

Tapi banyak mana pun gaji kau bukan ukuran. Tapi guru yang mengajar perlu dihormati walaupun dia mengajar satu huruf.

Kes 2: Bangga Dengan Kejahilan

Lagi satu kes yang aku rasa masih lagi panas, dan tak lupa beberapa facebook page dan blog yang batak like dan trending mula share pasal satu posting yang mendakwa satu kes buli terjadi di sebuah sekolah.

Yang tukang viral pula senang saja menyalahkan cikgu kerana gagal mengawal dan mendidik anak murid sehingga terjadi kes buli. Kononnya pernah ada laporan tapi tiada tindakan.

Viral salahkan cikgu? Mana rasa hormat pada cikgu? Sudah tiadakah rasa hormat?

Dan yang lagi best aku ada dapat info mangsa buli yang boleh aku katakan baru lagi mimpi basah dengan bangga bergambar dan share di instagram memegang tin dan botol minuman berkarbonat cap ‘Tiger’.

Yup… Bukan Coke tapi Tiger.

Bila Tiada Lagi Rasa Hormat?

Hari ini mungkin kita masih boleh ketawa bila melihat video dan post jenaka seperti ini. Apa tindakan kita? Biarkan saja?

Bagi aku banyak hal adalah bermula dari rumah bukannya sekolah. Didikan awal dari rumah itu penting.

Kenalkan anak anak pada dunia, didik anak dengan akhlak dan akidah, berpaksikan agama. Tiada agama yang ajar kejahatan, semua agama mengajak kearah kebaikan apatah lagi Agama Islam.

Dalam mendidik anak jangan letak pada bahu cikgu semata tapi kita sebagai ibu bapa.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Anda kenal Sop Nama Saya? Ok Sop tengah
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selepas 10 bulan bermastautin di bumi Pahang, saya
(Visited 26 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Bila Tiada Lagi Rasa Hormat?”

  1. Salam di,
    Zaman dah berubah, tapi aku masih tidak boleh terima budak2 zaman sekarang punya gaya.
    Pada aku budak2 ni menggambarkan mak pak dorg. So kite yg celik minda alaf #MalaysiaBaru ni wajib berperangai elok supaya in sha allah anak2 kita kelak tak jadi mcm mereka yg ko sebut di atas.

    hehehe..peringatan utk diri sendiri juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.