Pengalaman Membeli Barang Menggunakan Shopee… Mudah Dan Cepat Dengan Shopee…

Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar Negara. Ada beberapa web belian atas talian yang saya sering gunakan seperti Mudah, Zalora, Lazada dan Facebook.

Untuk Mudah dan Facebook banyak yang saya deal secara Cash On Delivery (COD) untuk elakkan penipuan (scam), ada juga yang by postage bila saya yakin dengan penjual nya.

Rapid charge
Rapid charge Yang dibeli menggunakan shopee

Tips untuk deal secara postage, adalah penting untuk:

  1. Pastikan penjual itu mempunyai rating yang bagus. Nak dapatkan rating ni senang je kena lah rajin tanya lah ya.
  2. Pastikan nama penjual dengan nama dalam akaun sama. Kalau dia cakap masuk ke akaun bini dia ke, laki dia ke atau abah dia ke. Abaikan lah.
  3. Dapatkan gambar ic atau pengenalan diri untuk kepastian. Kalau dia guna syarikat dapatkan salinan SSM.
  4. Kalau boleh gambar barang yang nak dijual tu ada ‘watermark’. Kalau aku lebih suka ‘watermark’ jenis tulisan tangan atau kad pengenalan dia atau bisnes kad dia.

Pengalaman Membeli Barang Menggunakan Shopee…

    • Kalau menggunakan Lazada sebut saja apa barang tak pernah aku beli. Dari barang elektrik sampai lah kepada pakaian. Ada je yang aku beli. Nak nak masa dia buat offer kaw kaw punya. Harga memang murah beb.
    • Zalora pun aku pernah juga guna beli baju Kemeja Levi’s dulu. Not bad. Tapi Shopee tak pernah aku guna.
    • Tapi bila kawan duk promote kata beli barang menggunakan Shopee lagi berbaloi dan murah. Aku pun cuba lah.
    • Bukan cari apa sangat pun cari sarung kunci dengan ‘fast charger’. Sarung kunci ni pasal orang rumah minta, ‘fast charger’ pula dah lama aku aim nak beli. Tapi tak beli beli sebab mahal sampai RM40. Bila tengok di Shopee harga bawah RM20 memang sambar terus. Hahahha…
    • Yang best nya beli barang tunggu tak sampai 7 hari dah sampai barang. Boleh kata agak pantas lah juga.

Ini adalah dari pengamatan aku, ini yang aku rasa bila membeli barang menggunakan Shopee.

Keychain
Keychain
    Kau tak akan dapat emel notifikasi, kau kena cek dalam applikasi atau web shopee untuk status barang yang kau beli siap bagi tracking status lagi. Hampeh… Aku tunggu emel langsung tak dapat, ingat cam Lazada.
    Harga barang ada murah sikit dari Lazada walaupun kos pos dia caj. Pasal harga ini aku nasihatkan compare setiap barang kau nak beli.
    Masih kurang official store compare dengan Lazada.
    Boleh collect Shopee Coin.

Membeli dengan Shopee memang memudahkan. Cuma kena kawal nafsu beb. Sebab benda dihujung jari je. Hahaha.

Sebagai pelanggan kenalah bijak. Jadi compare lah harga sebaiknya untuk dapatkan lebih nilai. Ingat biar kalah membeli tapi menang memakai.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Saya memang minat pada outdoor gear walaupun dah
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 22 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Pengalaman Membeli Barang Menggunakan Shopee… Mudah Dan Cepat Dengan Shopee…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.