Harga Diri Yang Tinggi

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup ini, tinggi diri kita mungkin akan dibenci oleh orang sekeliling kita. Jika terlalu merendah diri kita juga mungkin akan ditindas.

Apakah itu Harga Diri?

Harga Diri adalah pandangan seseorang terhadap dirinya sendiri tentang keupayaan dirinya untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Seseorang yang memiliki harga diri yang tinggi merasakan dia mampu, layak dan berupaya untuk mencapai kecemerlangan.

Harga diri sendiri
Harga diri sendiri

Manakala orang yang tidak mempunyai harga diri, sentiasa memandang rendah, kerdil dan ragu pada kemampuan diri sendiri.

Berapa Penting Pandangan Orang Lain Pada Diri Kita?

Ramai orang lebih mementingkan pandangan orang lain terhadap dirinya berbanding pandangan dirinya sendiri terhadap dirinya. Bagi sesetengah orang mendapat pujian dari seseorang itu akan membuatkan dirinya lebih bersemangat, dan begitu juga sebaliknya jika dikeji dirinya akan lemah.

Yakin pada diri
Yakin pada diri

Sikap seperti ini hanya akan merugikan diri sendiri kerana kita lebih mengharapkan pandangan orang lain. Pandangan orang lain terhadap diri kita lebih penting dari pandangan diri sendiri.

Harga diri kita biar diri kita yang tentukan. Bukan orang lain, bukan orang sekeliling kita. Hargai diri sendiri.

Yakinlah pada diri sendiri. Yakinlah kita juga mampu mencapai kejayaan sebagaimana yang kita mahukan.

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 12 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Harga Diri Yang Tinggi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.