Bahaya Penyakit Kemurungan

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?

Masih ingatkan beberapa kes bunuh diri artis terkemuka seperti Chris Cornnel, Chester Bennington, Chris Benoit dan Robbin William yang dikaitkan dengan masalah kemurungan.

Apakah itu penyakit kemurungan?

Penyakit kemurungan adalah penyakit yang disebabkan oleh perasaan sedih dan murung yang melampau biasanya berlanjutan sehingga 2 minggu. Biasanya pesakit akan berada dalam keadaan lemah semangat, tidak bermaya, tidak berselera untuk makan, sukar tidur atau terlebih tidur. Semua hal kegemaran juga akan menjadi hambar bagi pesakit. Mengasingkan diri dari kelompok orang ramai, lebih suka bersendiri. Fikiran yang bercelaru, merasakan masa depan yang kian kelam dan gelap dan tiada keyakinan diri.

Penyakit Kemurungan

Lebih teruk ada yang sampai berhalusinasi. Mendengar seakan ada bisikan dari hati untuk melakukan sesuatu yang teruk sehingga ada yang sehingga membunuh diri. Halusinasi adalah sesuatu yang amat kompleks kerana pesakit akn terpukau dengan suara hati sendiri, tanpa menyedari ianya adalah salah.

Tanda-tanda penyakit kemurungan

  1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.
  2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.
  3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
  4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
  5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
  6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
  7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan  sesuatu kesalahan perbuatan  atau merasakan diri tidak berguna
  8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau  berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
  9. Berfikir tentang  keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.

Apakah Punca Penyakit Kemurungan?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penyakit kemurungan antaranya adalah:

  • Keturunan yang mana terdapat ahli keluarga yang mengidap kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berisiko untuk menghidapi kemurungan
  • Peristiwa lampau yang memberi impak besar kepada seseorang, seperti pernah dirogol pada usia kanak-kanak
  • Ketidakstabilan hormon juga boleh menyumbang kepada kemurungan

Kemurungan Tiada Tanda Yang Speksifik

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 13 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Bahaya Penyakit Kemurungan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.