Jom Kurus Tanpa Ada Diet Khusus… Hidup Sihat Hanya Kawal Makan Dan Senaman

Aku memang jenis malas bersenam sebenarnya, dari zaman belajar memang aku malas senaman. Sekadar sesekali jogging je tu pun kalau rajin. Tapi zaman belajar makan banyak pun berat badan tak naik pun.

Tahun 2014 badan aku naik ketara, cecah 110kg sebab masa ni aku langsung tak ada senaman. Isnin hingga Jumaat aku kerja dan Sabtu Ahad aku kelas dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Badan penat dengan kerja dan belajar, makan pula selera lain macam. Hahaha…

Tahun 2015, aku buat medical check up dan terkejut apabila kolesterol aku tinggi. Cuak aku masa tu. Risau.

Dari sini aku nekad, aku mula rajin bersenam dan dekat dengan gym. Tiap kali habis kerja memang aku akan ke gym.

Hasilnya memang berat badan aku turun sikit dari 110kg jadi 95kg. Masa 95kg aku bersenam memang tak turun dah berat, naik lagi ada lah.

Jom Kurus Tanpa Diet Yang Khusus

Tahun 2018, aku nekad untuk turunkan berat badan. Aku dah mencuba beberapa gym yang berdekatan dengan pejabat tapi malang sekali tiada yang serasi seperti masa aku di Pahang pada 2015. Akhirnya, memang aku tak ke gym sebab tak boleh kosisten.

Awal tahun 2018, aku sertai Pejuang Muay Thai, seperti yang aku sebut dalam entri sebelum ni aku langsung zero pasal Muay Thai hanya minat. Tujuan aku join Pejuang Muay Thai adalah untuk tibgkatkan fitness aku dan belajar seni bela diri.

Alhamdulillah, aku boleh kosisten dengan Kelas Tomoi di Pejuang Muay Thai. Pejuang Muay Thai dah jadi family baru aku.

Aku sertai Tomoi pada masa ini berat aku 97kg dan berat badan aku tak susut. Kalau susut pun 95kg dan naik semula. Masa ini aku tak kisah pasal berat badan. Biarpun berat badan aku tak turun tapi fitness aku meningkat.

Jom Kurus Tanpa Diet Yang Khusus
Jom Kurus Tanpa Diet Yang Khusus

Ogos 2018, jadi turning point aku. Aku nekad untuk turunkan berat badan. Dan alhamdulillah. Aku berjaya buat pada November 2018 aku berjaya turunkan dari 97kg kepada 87kg. Iaitu 2kg dari berat sasaran aku iaitu 85kg. Kalau ikut berat basan ideal aku perlukan 80kg tapi aku tak nak 80kg sebab badan aku akan keding sangat kalau buat 80kg.

Apa yang aku buat? Ok ini je yang aku buat:

  • Tomoi – Aku terus kekal dengan kelas tomoi bersama Pejuang Muay Thai.
  • Jongging – Lepas masa pejabat aku akan jogging sekurangnya 3km. Jika ada masa lebih aku akan buat 5km. Ini aku buat sekali sehari.
  • Kawal pemakanan – Aku tak kira kalori (malas nak stress terutama bia jumpa kambeng bakar. hahhaha), dan tak amalkan apa-apa diet khusus pun. Hanya kurangkan kuantiti makanan dan banyak minum air masak.

Ya, aku kosisten dengan 3 perkara di atas ini saja. Alhamdulillah, aku masih boleh kekalkan berat badan aku.

Aku pernah cuba minum teh hijau kosong, air detox dan macam macam lagi untuk kurus. Tapi mungkin semua tu kurang sesuai untuk badan aku. Last, aku jumpa yang sesuai dengan badan aku iaitu 3 perkara kat atas ni.

 

Dan akhir sekali bagi aku yang penting adalah Disiplin dan Nekad. Bila ada kemahuan kita mampu untuk melakukannya.

Muay Thai sekarang ini semakin mendapat liputan meluas di dunia. Kalau tengok pun TV1 pun
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Bagaimana Ramadhan kali ini? Pasti lebih hebat dari
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya
(Visited 60 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.