Pengalaman Bersama Malindo Flight

Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara. Industri perlancongan di negara kita semakin berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tak percaya perhatikan hotel-hotel di bulan Disember ini, semuanya hampir penuh. Trafik lokasi pelancongan hot seperti Port Dickson sebagai contoh sememangnya padat, ramai pengunjung. Happening beb…

Malindo Flight yang murah

Melancong bukan lagi soal gaya hidup mewah, tai menjadi trend untuk rakyat Malaysia sekarang ini untuk menghilangkan stress dan ‘learn new thing’ terutama nya dari segi budaya dan rutin kehidupan masyarakat yang berbeza, selain mencuba kepelbagaian makanan yang enak dan pelbagai, mempelajari sejarah dan juga menikmati permandangan indah.

Ada yang sanggup menabung atau melakukan lebih dari satu kerja untuk mengumpul wang untuk melancong bersama kawan-kawan atau secara solo. Backpacker? Itu pun salah satu benda yang menarik. Kalau tanya aku sendiri pun suka je bawa keluarga bercuti tanpa plan, haru biru beb… Tapi yang penting happening. Hahaha… Aku manusia last minute.

Biasanya dalam melancong ni kita akan keluar dari kita punya kawasan coverage atau bahasa kamusnya bermastautin. Hahaha… Ada cara yang mereka lakukan antaranya dengan menggunakan kenderaan sewa seperti van kereta dan lain-lain atau menggunakan kenderaan sendiri.

Kalau dulu naik kapal terbang boleh dikatakan sesuatu yang mewah baik dari segi nak melancong atau urusan kerja. Tapi sekarang kapal terbang telah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia sebenarnya. Boleh kata setiap orang boleh terbang, baik pelajar atau yang sudah bekerja. Ramai juga memilih untuk terbang untuk melancong atau pulang ke kampung halaman, sebab tu sekarang ini susah mendapatkan tiket kapal terbang selain harga juga mahal. Jangan risau, ada cara untuk dapatkan tiket kapal terbang especially Malindo flight yang murah, tapi rasa-rasa kat mana ekk?

Web Apps atau apps Traveloka ada berikan perkhidmatan book tiket kapal terbang Malindo. Because of website diorang berkonsepkan travel, senang jugak untuk mendapat cheap flight tickets.  

Mengapa di Traveloka? Kerana sudah terbukti, di web Traveloka ini kita dapat membandingkan harga tiket kapal terbang antara syarikat-syarikat penerbangan sekaligus menyenangkan kerja kita daripada kita pergi ke website syarikat satu persatu. Tak pening dah kan? Pada zaman di hujung jari kini, pasti kita mahu permudahkan perancangan untuk book tiket flight dan dapat menjimatkan masa dengan surf di website Traveloka.

And guys, sebabkan tu, kita pasti dapat cari the cheapest price, dengan menaip tarikh yang kita nak book tiket flight itu. No hidden charge, dan dapat book untuk seluruh Asia Tenggara dan ke benua yang lain kecuali kutub utara dan selatan. Hehehe…  Selain itu, di Traveloka, dealing korang adalah dijamin selamat. Lebih selamat daripada kita pergi direct ke travel agency tetapi bukan untuk burukkan diorang, tetapi disebabkan ada kes-kes menipu dimana kita bayar deposit tetapi trip kita itu sama ada ditangguhkan atau agensi itu hilang. Berbeza di Traveloka kerana di sini pengalaman kita seperti shopping online, kita dpt book hotel dan juga flight tiket dari syarikat yang berbeza. Boleh dikatakan one stop travel planning la kan.

Selain itu, perkhidmatan web diorang ini memudahkan kita sehingga kita tak payah keluar rumah, cuma ambil plan data atau wifi, online dan surf web diorang, tekan sini tekan sana, make sure dalam bank kita ada duit dan teruskan book flight tiket. Dijamin selamat, mudah, tak pening atau confuse. Traveloka ini sudah semakin dikenali ramai, diorang juga menawarkan perkhidmatan khidmat pelanggan 24 jam, 7 hari seminggu. Jadi bagi sesiapa yang ada masalah atau sebarang pertanyaan berkenaan booking bolehlah hubungi diorang.

Tidak perlu lagi kita risau harga yang mahal, kerana kita boleh survey harga yang paling murah, malah diorang juga akan buat promo dari masa ke semasa. Syok kan?

So, sekarang plan untuk ke mana sahaja di pelusuk dunia di hujung jari, dan pada masa ini, tidak perlu pergi ke banyak website, cuma perlu browse di website Traveloka. Tidak rugi untuk mencuba dengan Traveloka, sangat terjamin, mudah, jalan penyelesaian bagi yang ingin travel last minute. Tidak perlu lagi untuk mengisi minyak, pergi ke ofis travel agency atau airport untuk mencari dan booking flight ticket.

So hopefully artikel ni dapat tolong korang untuk terbang ke mana sahaja dengan murah dan senang.

Aku bukan lah pakar dalam bab pemakanan dan kesihatan. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
(Visited 37 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.