Amalan Diet Yang Salah Memberi Kesan Negetif Pada Badan… Nak Kurus? Amalkan Pemakanan Sihat. Bukan Main Follow Je.

Aku bukan lah pakar dalam bab pemakanan dan kesihatan. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman aku. Bukan berdasarkan bacaan atau pengalaman orang lain.

Aku mula ambil tahu bab kesihatan sejak tahun 2015. Masa ni aku mula aktifkan diri ke Gym. Masa ni aku ramai berkawan dengan kaki gym atau bodybuilder. Ada yang siap masuk tournament.

Nak Kurus? Terus berjuang
Nak Kurus? Terus berjuang

Aku tak adalah nak besar pun cuma nak bagi fit je. Hanya sebab bacaan kolesterol aku tinggi je yang buat aku terjebak ke gym.

Memang aku addict ke gym. Hampir setiap hari aku di gym selama satu hingga dua jam. Tapi berat aku maintains je. Cuma body adalah shape sikit.

Dapat nasihat dari kekawan aku mula jaga makan. Kononnya cuba ambil makanan sihat je. Berjaya? Gagal. Sebab aku tak mempunyai azam yang kuat.

2016 hingga 2017 aku tak banyak pun main gym or bersukan. Sesekali jogging pun ikut suka hati aku. Banyak fokus pada bisnes masa ni.

Nak Kurus? Amalkan Pemakanan Sihat

2018 bisnes aku gagal, aku mula terjebak dengan Pejuang Muay Thai. Awal awal join aku memang kosong bab tomoi cuma minat je. Sampailah sekarang aku tahu sikit sikit pasal tomoi ni.

Semasa dengan Pejuang Muay Thai, aku cuba macam-macam diet yang viral.

Aku cuba diet potong gula, badan aku lesu sebab aku hanya minum kopi O kosong sahaja. Lesu badan sebab dalam masa sama aku cuba buat diet carbo. Hancur beb. Aku nak aktif pun tak larat.

Nasi aku kurang kan. Gula aku stop. Hasil badan aku lesu. Berat aku maintain je. Hahahah…

Exercise? Aku hanya harap senaman dengan Muay Thai saja. Masa ni tiada extra.

Sampailah satu tahap. Aku nekad. Aku nak turunkan berat badan.

Aku nak turunkan berat… Untuk aku lebih sihat dan mudah bergerak.

Aku study balik beberapa perkara terutama bab pemakanan. Aku ambil tahu bab kalori. Ya aku tak kira sangat. Cuma peka sahaja.

Apa aku buat? Bab exercise aku dah sentuh sebelum ni kan. Kali ni aku fokus bab pemakanan saja.

Ini yang aku buat:

  • Sarapan pagi – aku ambil sekurangnya dua kuih dan nescafe tarik. Nescafe tarik feveret aku. Can’t stop. Aku elak ambil nasi lemak. Sesekali makan juga, kalau dulu makan sebungkus sekarang aku ambil separuh. Kecuali nasi lemak bini masak. I’m sorry.
  • Minum pagi – pukul 10 kalau ada biskut ke air manis aku ambil je. Kalau ada buah pun lagi cun.
  • Lunch – aku makan nasi berlauk cam biasa. Cuma nasi aku ambil separuh saja. Lauk belasah je cam biasa. Kari kepala ikan, ayam goreng, sotong sambal dan udang masak lemak – semua aku bedal. Cuma kawal lah. Tambahan… Lebihkan sayur. Lagi bagus kalau ulam ulaman.
  • Minum petang – kalau korabg ada buah. Amalkanlah.
  • Makan malam – aku makan sekiranya perlu saja. Kalau lapar sangat. Dan aku elak makan selepas maghrib kecuali terpaksa.
  • Banyakkan minum air kosong. Ini paling penting.

Kesimpulan nya, diet aku balik kepada yang orang dulu dulu selalu cakap, kurangkan kuantiti lebihkan kualiti. Hahaha…

Enjoy the meal. Jangan siksa diri sangat. Cuma cara aku ni bukanlah untuk orang yang nak fit or lean body. Sekadar untuk turunkan berat badan.

Diet? Bagi aku bukan sekadar ikutan je. Kena sesuaikan dengan diri kita sendiri.

Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
(Visited 50 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.