Isu Siswa Lapar Dapat Liputan Yang Sangat Meluas Dalam Akhbar. Siap Dapat Perhatian Menteri Lagi. Adakah Siswa Lapar Sebab Kenaikan Kos Sara Hidup atau Gaya Hidup

Isu siswa lapar dapat liputan cukup meluas sejak kebelakangan ni di akhbar akhbar tempatan. Lagi hebat isu ini dapat perhatian menteri semua. Hebat bukan?

Dan alhamdulillah isu ini telah menarik minat ramai NGO untuk menyumbang untuk membantu memberi makanan kepada siswa. Alhamdulillah rezeki mereka.

Kerajaan dulu pun dapat perhatian isu siswa lapar. Tapi ada yang suruh masak dalam asrama, ingat lagi tak? Siap dia masak dan timun bersusun dalam kuali. Hahahaha…

Persoalan sekarang ini Adakah Siswa Lapar Sebab Kenaikan Kos Sara Hidup atau Gaya Hidup? Atau adakah siswa kini terlalu manja?

Kisah Student Sekarang?

Aku sekarang bekerja di area Seremban, area Seremban 3 ada UITM. Zaman aku jadi food hunter dulu, dan masa aku masih agen takaful kerap meronda ke sana. Memang banyak kedai makan area sana. Hurmm…

Memang benar dari pemerhatian aku ramai student sekarang suka melepak kedai yang ala-ala hipster yang ada internet laju free. Kalau tengok handphone masing-masing pun agak hebat berbanding handphone orang bekerja.

Lagi satu aku tengok budaya siswa sekarang banyak masa dengan e-game tak kisah lah Mobile Legend ke, PUBG ke… Ramai yang habiskan masa dengan e-game. Modal untuk e-game for sure internet. Zaman aku main game kat PC je tu pun pinjam PC kawan main Red Alert.

Bagaimana Cara Siswa Dulu Survive?

Aku dulu breakfast combine dgn lunch kekadang lunch dengan dinner. Makan nasi kicap dengan telur mata pun pernah. Boleh kata dapat makan sekali sehari pun sudah cukup. Jimat punya jimat siap duit PTPTN leh simpan pun.

Siap boleh belanja kekawan makan Ayam Kepsi dan makan McD pun zaman belajar pada suatu ketika. Sebab? Aku kerja part time kat McD dan KFC masa belajar. Makanan tak habis time closing aku minta bawa balik. Alhamdulillah rezeki kekawan.

Adik adik sayang. Ya, hidup sekarang lebih susah. Aku sekarang pun tak senang. Tapi alhamdulillah la.

Time belajar banyak yang kita kena belajar bukan pelajaran je, belajar ponteng kelas, belajar plagiat, belajar tiru assignment kawan, belajar sign untuk kawan. Dan pelajaran paling penting adalah ‘How you want to survive in this world?’.

Bukan tahu berkumpul angkat sepanduk ‘Hapuskan PTPTN’, dah pinjam bayar dik.

Biar nampak bodoh asal tak susahkan orang lain.

Aku bukan lah pakar dalam bab pemakanan dan kesihatan. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
(Visited 55 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Isu Siswa Lapar Dapat Liputan Yang Sangat Meluas Dalam Akhbar. Siap Dapat Perhatian Menteri Lagi. Adakah Siswa Lapar Sebab Kenaikan Kos Sara Hidup atau Gaya Hidup”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.