Nak Kurus? Nak Turunkan Berat Badan? Tapi tak tahu bagaimana caranya? Saya Kongsikan Cara Saya Turunkan Berat Badan… Tips Turunkan Berat Badan

“Ai… Kurus nya sekarang?”, “Kau diet ke? Apa diet kau pakai?”…. Itu antara yang sering saya tanya bila kawan-kawan jumpa saya.

Ada juga yang cakap “En. Zaidi bukan diet ke? Makanan ni tak bagus ni?”. Lalu aku jawab “Maaf kak, saya tak diet saya cuma jaga makan”. Hahaha…

Enjoy to be fit
Enjoy to be fit

Saya bukan guru kesihatan, saya bukan seorang atlet, saya bukan fitness coach. Saya sekadar seorang lelaki yang nekad nak turunkan berat badan. Bukan sebab nak kejar BMI atau apa cuma untuk keselesaan dan kesihatan diri sendiri saja.

Bukti Boleh Kurus Dengan Muay Thai

Ada yang tanya saya, “Setahun dah kau join muay thai. Tak kurus pun?”

Saya hanya tergelak. Sebab tujuan saya sertai Pejuang Muay Thai bukan untuk kurus semata.

Peraturannya mudah saja. Dalam apa jua yang kita lakukan kita mesti ada matlamat kan? Ya, matlamat saya sertai muay thai adalah untuk belajar seni bela diri, untuk tingkatkan stamina. Kurus? Itu satu bonus kalau dapat ‘fit’kan badan saya.

Apa yang saya dapat sepanjang 9 bulan saya sertai muay thai?

  • Saya tahu teknik yang betul seni bela diri muay thai atau tomoi. Saya berguru bukan sekadar mealui youtube.
  • Kecekapan dan daya tindakbalas badan yang lebih baik.
  • Stamina diri saya lebih mantap dari sebelum ini.
  • Badan yang sihat. Ya belum kurus lagi tapi saya tahu saya boleh kurus.

Selepas dari 9 bulan bersama Pejuang Muay Thai saya nekad sebenarnya. Nekad untuk kurus. Dan saya nak buktikan yang bukan salah latihan dalam Muay Thai tapi badan saya perlukan latihan extra untuk lebih cepat bertindak balas.

Tips Turunkan Berat Badan... Jan 19 vs Sept 19
Tips Turunkan Berat Badan… Jan 19 vs Sept 19

Alhamdulillah, dari bulan September 2018 hingga Januari 2019 badan saya susut secara mendadak hasil dari latihan Muay Thai, jogging dan juga kawalan pemakanan.

Tips Turunkan Berat Badan

Ok, apa yang saya kongsikan adalah apa yang saya buat. Alhamdulillah berjaya.

Tidak susah pun.

Antara tips yang boleh saya kongsikan adalah:

    1. Paling penting adalah disiplin diri sendiri. Kalau nak kurus atau sihat kita kena disiplin dan tekad kuat untuk melakukan nya.
    2. Lakukan senaman secara kosisten bersesuaian dengan matlamat dan minat. Senaman kena buat dengan kosisten seminggu sekurangnya 4 kali setiap sesi sekurangnya 45minit. Masa kena cari ya.
    3. Berani kata TIDAK. Ya makanan banyak yang sedap. Ramai kawan pula suka makan kan? Jadi kita kena berani kata tidak pada ajakan kekawan. Saya pun makan je semua makanan tapi kawal lah portion pengambilan nya. Makan banyak hari tu exercise pun lebih la lepas tu ya.
    4. Masuk dalam komuniti yang minat yang sama. Maksudnya berkawan dengan orang yang sama minat. Senang mereka akan support kita untuk sama sama capai matlamat.
    5. Kawal pemakanan dan banyakkan minum air kosong. Kawal pemakanan ni maksud saya terpulang pada diri tuan nak ikut diet apa. Saya tak ada amalan diet khusus. Saya cuma kawal jadual makan dan portion makanan. Itu saja.
    6. Bagi yang nak kesan lebih cepat. Perlulah lakukan secara extra. Apa yang extra? Senaman yang lebih. Itu saja.

Itu saja buat kali ni.

Apa plan petang ni? Jom saya nak ke gym petang ni dan malam sesi Muay Thai pula.

Aku memang jenis malas bersenam sebenarnya, dari zaman belajar memang aku malas senaman. Sekadar sesekali
Muay Thai sekarang ini semakin mendapat liputan meluas di dunia. Kalau tengok pun TV1 pun
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Bagaimana Ramadhan kali ini? Pasti lebih hebat dari
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya
(Visited 36 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.