Kepelbagaian Cara Berdakwah

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pertamanya, saya tabik buat semua saudara saya yang sanggup luangkan masa untuk berdakwah yang mana saya sendiri belum mampu jadi seperti mereka, belum mampu untuk meluangkan masa untuk lakukan dakwah. Insyallah suatu hari nanti.

Kepelbagaian Cara Dakwah yang menarik orang muda
Kepelbagaian Cara Dakwah yang menarik orang muda

Melihat kepelbagaian cara berdakwah yang mereka gunakan saya ‘respect’, bukan senang untuk berada di stesen LRT untuk mengajak masyarakat untuk mendekati Islam. Bukan mudah untuk mendekati golongan geladangan yang jijik di mata masyarakat, bukan semua orang faham akan AIDS dan mendekati golongan ini, bukan semua orang berani mendekati pekerja sosial untuk berdakwah. Tapi itulah yang saudara saya, Tuan Hamli Hamdan dan Pertubuhan Amal Firdausi lakukan. Tabik bro.

Begitu juga dengan seorang sahabat yang aktif berjuang untuk golongan asnaf, turun naik pejabat kerajaan untuk membantu orang lain. Bukan untuk diri sendiri. Dan saya percaya yang dia tolong itu tiada pun tali persaudaraan malah bukan kenalan. Itu pasti. Tapi kemurniaan hati untuk membantu dan berjuang untuk orang lain yang langsung tidak dia kenali. Hebat.

Begitu juga bila melihat ramai artis di Malaysia yang mula aktif berdakwah, sebelum ini biasa dengan kumpulan dari Indonesia saja yang menyanyikan lagu dakwah, bila melihat Kumpulan Khalifah turut menggunakan medium muzik untuk berdakwah. Muzik tetap keras tapi lagu penuh 1001 makna yang padu.

Saya percaya dengan kepelbagaian cara berdakwah yang digunakan akan membantu orang Islam terutamanya lebih memahami tentang Islam, dan menggalakkan golongan muda mendekati Islam.

Semoga syiar Islam di Malaysia akan terus berkembang.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sakan sungguh orang kita membeli belah untuk berhari
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua sahabatku... Sempena hari Jumaat dan Nuzul Quran yang mulia
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera semuanya. Sayang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku sekalian? Bagaimana percutian? Hebat,

Di Mana Zakat Fitrah Perlu Dibayar?

Di mana zakat fitrah perlu dibayar ?

Antara ulama Mazhab Syafie yang menyentuh tentang ‘di mana zakat fitrah perlu dibayar’, ialah Imam Asy-Syirazi dan Imam Nawawi r.a. Masing-masing dalam kitab al-Muhazzab dan kitab al-Majmuk.

Dalam al-Majmuk, Imam Nawawi r.a menyatakan :

إذا كان في وقت وجوب زكاة الفطر…في بلد ومالُه في آخر فأيّهما يُعتبر؟ فيه وجهان : (أحدهما) بلد المال كزكاة المال (وأصحهما) بلد ربِّ المال. ممّنْ صحّحه المصنّف في التنبيه والجرجاني في التحرير والغزالي والبغوى والرافعي وآخرون.

Terjemahan : Jika seseorang itu-sewaktu zakat fitrah wajib [ke atasnya]-[berada] di [sebuah] negeri, manakala hartanya [berada] di [negeri] lain, maka [negeri] mana satukah yang diambil kira [ketika membayar zakat fitrah]?

Di Mana Zakat Fitrah Perlu Dibayar?
Di Mana Zakat Fitrah Perlu Dibayar?

Terdapat dua pandangan; salah satunya : [yang diambil kira ialah] negeri [tempat di mana] harta [itu berada] sama seperti zakat harta [yang perlu dikeluarkan di tempat di mana harta itu berada].

[Pendapat] yang paling sahih [daripada kedua-dua pandangan ini] ialah [yang diambil kira ialah] negeri [tempat di mana] empunya harta [berada].

Antara mereka yang mentashihkannya (pendapat yang paling sahih), ialah pengarang (Imam Asy-Syirazi) dalam [kitabnya] at-Tanbih, al-Jurjani dalam [kitabnya] at-Tahrir, al-Ghazali, al-Baghawi, al-Rafi’e dan lain-lain.

Huraian:

Kenyataan Imam Nawawi di atas, berkaitan dengan seseorang yang mana tempatnya bekerja (بلد المال), berbeza dengan tempat zakat fitrah wajib ke atasnya.

Dalam Mazhab Syafie, zakat fitrah wajib ke atas seseorang bila bermulanya malam raya. Waktu ‘wajib zakat fitrah’ ini berakhir sebelum Maghrib hari raya pertama.

Justeru-dalam erti kata lain-kenyataan Imam Nawawi r.a di atas, berkaitan dengan seseorang yang mana tempatnya bekerja (tempat di mana hartanya berada), berbeza dengan tempatnya menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Dalam keadaan ini, yang diambil kira ketika mengeluarkan zakat fitrah-menurut pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie-ialah tempat di mana seseorang itu berada pada waktu zakat fitrah wajib ke atasnya (iaitu malam raya sehingga sebelum Maghrib Hari Raya pertama).

Justeru, seseorang yang bekerja di Kuala Lumpur, tetapi menyambut Hari Raya di Terengganu sebagai contoh, zakat fitrah hendaklah dibayar di Terengganu.

Inilah pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie, dan ditashihkan ramai ulama besar Mazhab Syafie seperti yang dinyatakan Imam Nawawi di atas.

Ittifaq ulama

Senada dengan pendapat yang paling sahih ini, ialah pendapat ulama besar Mazhab Hambali, Ibn Qudamah dalam kitabnya, al-Mughni. Beliau mencatatkan :

فأما زكاة الفطر فإنه يفرّقها في البلد الذي وجبتْ عليه فيه سواء كان ماله فيه أو لم يكن؛ لأنه سبب وجوب الزكاة ففرّقتْ في البلد
الذي سببها فيه

Terjemahan : Adapun zakat fitrah, ia diagihkan (dibayar) di negeri yang wajib ke atasnya [zakat fitrah], samada hartanya (sumber pendapatannya) [berada] di situ (di negeri di mana zakat fitrah wajib ke atasnya) atau tidak. Ini kerana ia (keberadaannya di negeri di mana zakat fitrah wajib ke atasnya) adalah sebab zakat fitrah wajib [ke atasnya], maka dibayar [zakat fitrah] di negeri yang [terdapat] sebab [wajibnya zakat fitrah ke atas] nya.

Sebenarnya, ulama-ulama empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali) bersepakat dalam soal ini. Iaitu, zakat fitrah dikeluarkan di tempat di mana seseorang mukallaf itu berada pada malam atau Hari Raya pertama. Bukannya ditempat di mana seseorang itu bekerja, atau mencari rezeki.

Sebab mengapa zakat fitrah dibayar di tempat di mana seseorang itu berhari raya, turut dinyatakan oleh Syaikh al-Qaradhawi. Beliau menyatakan :

فيخرج المسلم زكاة فطره في البلد الذي يدركه فيه أول ليلة من شوال (ليلة العيد) ؛ لأن هذه الزكاة ليس سببها الصيام وإنما سببها الفطر ولهذا أضيفت إليه وسميت زكاة الفطر
Terjemahan : Maka [setiap] muslim [perlu] membayar zakat fitrah di negeri yang dia menemui malam pertama [bulan] Syawal (malam raya). Ini kerana, sebab zakat [fitrah] ini [menjadi wajib], bukannya puasa. Sebab [ia menjadi wajib] ialah [munculnya Hari Raya] Aidil Fitri. Dengan sebab itu, disandarkan [zakat ini] kepadanya (Hari Raya Aidil Fitri) dan dinamakan
‘zakat al-fitr’ (zakat Hari Raya Aidil Fitri).

Keliru 2 zakat :

Adapun ‘pendapat’ yang mengatakan zakat fitrah perlu dibayar di tempat seseorang mencari rezeki (jika bekerja di Kuala Lumpur, zakat fitrah hendaklah dibayar di Kuala Lumpur walaupun Hari Raya disambut di Terengganu, sebagai contoh), ia adalah pendapat yang bercanggah dengan pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie. Juga bertentangan dengan kesepakatan (ittifaq) para ulama mazhab empat.

Percanggahan dan pertentangan ini berlaku disebabkan kekeliruan antara zakat harta dan zakat fitrah.

Dalam zakat harta, memang zakat perlu dibayar atau dikeluarkan ditempat harta itu dijana dan diusahakan (perniagaan, penternakan atau pertanian yang dilakukan di Terengganu sebagai contoh, mesti dikeluarkan di Terengganu). Ini adalah pendapat jumhur ulama, termasuk ulama Mazhab Syafie.

Adapun dalam bab zakat fitrah, ia dikeluarkan di tempat di mana seseorang itu menyambut Hari Raya Aidilfitri, tanpa mengira lokasi sambutan Hari Raya Aidilfitri itu adalah tempatnya bekerja (seperti di bandar), atau tidak (seperti kampung kelahiran).

Wallahu a’lam.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sakan sungguh orang kita membeli belah untuk berhari
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku sekalian? Bagaimana percutian? Hebat,
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudara ku.... Penyembelihan - sumber:

Berciuman dan Bermesra Di Bulan Ramadhan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sedikit perkongsian yang saya ambil dari page Dr.MAZA mengenai bercium dan bermesra di bulan Ramadhan.

Bercium dan Bermesra Di Bulan Ramadhan
Bercium dan Bermesra Di Bulan Ramadhan

Soalan: Bolehkah seseorang yang berpuasa berciuman dan bermesra dengan isterinya yang biasanya dilakukan sebelum persetubuhan tetapi tidak sampai bersetubuh?

Jawapan:
1. Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan. Jika dia tahu dia bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan cium dan ‘kemesraan yang lain’.
2. Kata ‘Aishah:
يُقَبِّلُ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ، وَكَانَ أَمْلَكَكُمْ لِإِرْبِهِ
“Nabi s.a.w mencium dan bermesraan dengan isteri sedangkan baginda berpuasa. Baginda itu paling dapat mengawal kemaluannya” (Riwayat al-Bukhari)
3. Kata Masruq:
سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا يَحِلُّ لِلرَّجُلِ مِنَ امْرَأَتِهِ صَائِمًا؟ قَالَتْ: كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الْجِمَاعَ
Aku pernah bertanya A’ishah: “Apakah yang halal untuk lelaki lakukan kepada isterinya semasa berpuasa?”. Jawab ‘Aishah: “Semua perkara kecuali persetubuhan” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanad yang sahih).

Semoga kita bersama mendapat manafaat dari nya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Makan Banyak atau Banyak
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saat Berkasih Sungguh Indah - Ke mana saja

Bestnya Dapat Berterawikh Bersama Anak-Anak

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Seronok apabila melihat anak-anak kecil turut sama dalam solat terawikh. Ada yang diam mengikut setiap pergerakan imam, dan ayah mereka di sebelah. Tidak kurang yang berlari-lari sana sini bagaikan di sebuah taman permainan, ya lah anak kecil bila jumpa kawan-kawan, macam kita jumpa kawan di kedai kopi lah kan?

Berterawikh Bersama Anak Kecil
Berterawikh Bersama Anak Anak

Untung mereka yang dapat berterawikh dengan anak-anak. Dapat bersama keluarga untuk melakukan amal ibadah bersama. Sejujurnya saya cemburu kerana saya tak boleh buat begitu kerana status sebagai ‘weekend husband’.

Walaupun ada yang bising tak bagi bawa anak kecil ke surau atau masjid, bagi saya masa kecillah kita perlu dekatkan mereka dengan masjid. Peringkat awal mereka mungkin mengganggu kita solat, tapi bila sudah biasa mereka akan mula mengikuti dan mungkin suatu masa mereka akan mendalami. Indah bukan? Anak kecil mula mendekati rumah Allah swt.

Tahniah buat para ibu bapa yang berbuat begini.

Semasa di Seremban, di Masjid Negeri selepas solat Zohor, saya sempat memerhatikan gelagat dua anak kecil yang memanjat badan ayah mereka ketika solat. Saat ayahnya sujud, dua anak kecil ini bergilir memanjat ayah mereka. Ayah mereka hanya membiarkan saja.

Hebat saudara ini, ayah yang hebat. Saya tabik pada beliau. Bila melihat hal ini teringat akan peristiwa Rasulullah dengan cucunya ketika solat.

Teladan sudah ada di situ, dari umur yang kecil kita perlu dekatkan mereka dengan masjid. Dari kecil kita bina asasnya, biar kukuh biar teguh berdiri sampai dewasa.

Hidup ini mungkin singkat mungkin lanjut, tapi kita tidak mengetahuinya. Jadi jangan bertangguh didik anak se-awal mungkin.

Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Bulan Ramadhan adalah bulan 1,000 rahmat di dalam nya. Ganjaran pahala berlipat kali ganda bagi
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan

Bilakah Ajal Kita?

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Harapnya tuan puan masih dikurniakan kesihatan yang hebat untuk mengharungi kehidupan ini. Sebelum saya menulis lebih panjang saya memohon semua untuk bersama sedekahkan Al Fatihah buat Makcik saya, Allahyarhamah Faridah Binti Hussain dan sahabat saya Allahyarham Shahrul.

Bilakah ajal kita?
Bilakah ajal kita?

Dua berita kematian ini saya terima dalam jarak masa yang dekat. Berita kematian yang mengejutkan. Arwah makcik saya seorang OKU yang menjadi peneman setia nenek saya dirumah nya, kini nenek berseorangan. Tiada lagi teman setia nenek, anak yang lain semuanya berkeluarga dan berkerjaya. Terngiang persoalan ‘Siapa sangka dia pergi dulu?’.

Muda atau tua bukan pengukur cepat atau lambat, ajal bukan mengira semua itu. Ada yang bayi pun sudah dijemput, ada juga yang sempat berusia 100 tahun baru dijemput, ada juga yang baru berkahwin yang dijemput. Semua telah tertulis cuma kita yang tidak tahu bilakah ajal kita?

Bilakah ajal kita? Saya tidak tahu jika saya tahu bila ajal saya, kehidupan saya pasti bukan hari ini. Setiap saat pasti nilainya terlalu besar. Tiada lagi ‘rileks dulu’, ‘esok esok lah’.

Masih adakah esok untuk kita? Masih mampukah kita menatapi mentari terbit pagi esok? Atau malam ini yang terakhir? Ianya akan menjadi tanda tanya selamanya.

Jika esok sudah tiada untuk kita, adakah kita sudah bersedia untuk mati? Cukupkah persiapan kita untuk hadapi kematian yang bakal menjengah?

Isilah masa yang ada sebaiknya. Hargai setiap detik yang ada. Seimbangkan dunia dan akhirat, ‘Bekerja bagai kita hidup seribu tahun, Beribadat bagai esok kita akan mati’. Keduanya kita perlukan dunia dan akhirat. Kehidupan di dunia hari ini adalah pengukur untuk kehidupan kita di akhirat kelak.

Semoga hari hari kita penuh makna. Hidup ini hanya pinjaman, akhirat yang kekal selamanya.

Bilakah ajal kita?

Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Bulan Ramadhan adalah bulan 1,000 rahmat di dalam nya. Ganjaran pahala berlipat kali ganda bagi
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan